Saturday 18 February 2017

Bubur Nasi


Bahan-bahan utk bubur nasi
1) Sedikit halia potong panjang2
2) 2 ulas bawang putih diketuk
3) 1 kiub pati ayam
4) 1 cawan beras
5) 6 cawan air
6) Sedikit garam

Cara-cara
1) Tumiskan bawang putih dan halia dengan sedikit minyak
2) Masukkan kiub pati ayam
3) Basuh beras dan toskan
4) Masukkan beras bersama air
5) Masukkan sedikit garam
6) Kacau dan masak sehingga bubur hancur
7) Sekiranya pekat tambahkan sedikit air
8) Padamkam api


Bahan-bahan kailan ikan masin
1) Sayur kailan
2) Sedikit jeruk ikan tenggiri
3) 1 biji cili api diketuk
4) 2 ulas bawang putih diketuk
5) Tomato ceri dipotong dua
6) Setengah biji bawang besar dimayang
7) Sedikit gula
8) Sedikit sos ikan
9) Sedikit kicap

Cara-cara
1) Tumiskan bawang putih, cili api dan ikan masin
2) Masukkan sedikit gula dan sos ikan
3) Masukkan kailan dan bawang besar
4) Letak sedikit kicap dan tomato. Padamkan api

Bahan-bahan ikan bilis goreng
1) Ikan bilis
2) Bawang besar di mayang
3) Cili merah dipotong

Cara-cara
1) Goreng ikan bilis bersama sedikit minyak
2) Apabila garing, tambahkan bawang besar & cili merah. Goreng sebentar dan angkat

Bahan-bahan ikan pekasam
1) Ikan pekasam
2) Bawang besar dimayang
3) Cili api dipotong
4) Asam limau

Cara-cara
1) Goreng ikan pekasam sehingga garing
2) Angkat ikan dan letak diatas pinggan
3) Goreng bawang besar dan taburkan diatas ikan pekasam
4) Perah asam limau diatas ikan dan taburkan cili api yg dipotong

Bahan-bahan telor masin

Hari ni stok telor masin xde, so saya guna century egg
1) 2 biji Telor masin
2) Bawang merah dimayang
3) Sedikit cuka
4) Sedikit gula
5) Sefikit garam
6) Cili api dipotong

Cara-cara
1) Rebus telor masin
2) Buang kulit dan potong 4
3) Campurkan 1 sudu besar gula, sefikit garam dan sedikit cuka
4) Tuangkan atas telor masin
5) Taburkan bawang merah dan cili api
Taraaa... akhirnya bubur nasi anda sedia untuk dihidang. Kalau rajin boleh tambah lg lauk contohnya udang masak merah, ayam goreng kunyit etc


Kuey teow kerang

Bahan-bahan
1) 1 paket kuey teow
2) 1 sudu besar cili giling
3) Sedikit isi kerang
4) Sedikit isi udang 
5) Daun kucai
6) 2 ulas bawang putih
7) Taugeh
8) 1 biji 
9) Sos cili
10) Sos tomato
11) Sos tiram
12) Kicap
13) Sedikit gula & garam

Cara-cara
1) Tumbuk bawang putih, tumiskan bersama sedikit minyak. Masukkan cili giling
2) Masukkan kerang dan udang
3) Masukkan 2 sudu besar sos cili, 2 sudu besar sos tomato & 1 sudu besar sos tiram bersama sedikit kicap
4) Biarkan seketika, perasakan dgn sedikit gula dan garam
5) Tambah sedikit air, masukkan telor
6) Masukkan kuey teow.Gaul sebati
7) Masukkan daun kucai dan tauge. Jangan lama nnt sayur layu.
8) Sedia untuk dihidang bersama cili jeruk atau cili kicap