Thursday 26 January 2017

Mee sup



Bahan-bahan
1) Mee kuning
2) Sayur. Anything boleh. Saya guna park choy, bunga kobis, tauge, kobis. Boleh tambah carrot. Tomato dan cili merah
3) 2 biji telor
4) 3 ulas bawang putih ditumbuk
5) Sedikit serbuk lada hitam
6) Ayam dipotong kecil & fishball
7) 2 kiub pati ayam
8) Sedikit garam
Untuk sambal cili
1) Beberapa biji cili padi potong kecil
2) Kicap manis
3) Sedikit asam limau
4) Sedikit cuka
5) 2 ulas bawang putih dicincang

Cara-Cara
1) Tumiskan bawang putih sehingga naik bau
2) Masukkan ayam dan masak hingga empuk
3) Tambah sedikit serbuk lada hitam
4) Tambahkan kiub pati ayam
5) Tambahkan air
6) Tambahkan fish ball
7) Bila sup sudah hampir menggelegak, pecahkan telor dan biar seketika
8) Tambahkan sedikit garam sekiranya perlu
9) Tambahkan sayur, tomato dan lada merah

Untuk kicap cili
1) Campurkan kesemua bahan tadi iaiti cili api yg dipotong, bawang putih, sedikit garam, kicap dan cuka

Mee kuning dicelur seketika dan ditoskan. Mee sup sedia untuk dihidang. Boleh tabur bawang goreng dan daun sup & daun bawang sebelum dihidang


Wednesday 18 January 2017

Sotong telor masin

Bahan-Bahan
1) Sedikit sotong
2) Sedikit tepung jagung
3) 3 ulas bawang putih dicincang
4) 1 cawan susu cair
5) 2 biji telor masin
6) 2 biji cili api
7) Sedikit daun kari
8) Sedikit gula 

Cara-Cara
1) Gaulkan sotong dgn sedikit tepung jagung
2) Rebus telor masin dan hancurkan telor masin menggunakan garfu
3) Panaskan minyak, tumis bawang putih sehingga naik bau
4) Masukkan daun kari dan cili api
5) Masukkan susu cair dan sedikit gula
6) Goreng sehingga sedikit kering

Fettucini Carbonara

Bahan-bahan
1) Fettucini
2) 1 1/2 labu bawng besar potong dadu
3) 4 ulas bawang putih potong dadu
4) 1 1/2 cawan susu full cream
5) 1 botol sos prego carbonara
6) 1 sb lada hitam ditumbuk
7) 4 ketul sosej dipotong kecil
8) Sedikit udang
9) Oregano
10) Sedikit olive oil
11) Sedikit garam
12) Sedikit powder cheese

Cara-Cara
1) Rebus fettucini di dalam periuk besar. Masukkan sedikit olive oil dan 3 sudu kecik garam
2) Masak lebih kurang 8-10 min sehingga fettucini rasa kenyal " al dente". Tapis fettucini dan buang air rebusan
3) Tumiskan bawang putih dan bawang besar yg didadu menggunakan olive oil
4) Masukkan lada hitam dan kemudian masukkan sosej dan udang
5) Masukkan susu full cream dan sedikit garam
6) Fettucini sedia dihidang. Taburkan sedikit oregano dan powder cheese
Akak ada juga bekalkan untuk anak sekolah

Sunday 8 January 2017

Pancake


Bahan-bahan
Dr Oetker Nona Pancake Mix Original
1 biji telor
300ml air
30ml minyak sayuran
Buah-buahan eg strawberry, pisang & blueberry
Hershey's chocolate syrup atau madu

Cara-cara
1) Panaskan kuali non-stick
2) Campurkan pancake mix, minyak, telor dan air. Kacau guna whisk sehingga sebati
3) Tuangkan 1/4 cawan campuran tepung tadi keatas kuali non stick
4) Bila nampak gelembung udara, balikkan pancake
5) Angkat apabila warna keemasan
6) Hidangkan bersama chocolate syrup dan buah-buahan. Boleh dihidangkan juga bersama madu @ maple syrup