Monday, 11 March 2013

Rainbow Bread Pudding

                 Assalamualaikum semua. Setelah sekian lama menyepikan diri, akhirnya aku muncul semula hari ni. Bukannya apa, jadual seharian yang terlalu padat tidak mengizinkan diri ini mengupdate blog ni.First quarter of the year tersangatla busynya. Kenduri kawinla, auditla dan macam2 lagi . Dah lama teringin nak buat rainbow pudding ni, tetiba hari ni inspired by one recipe yang aku terbaca kat fb. Terus dengan semangatnya pegi beli barang2 yang diperlukan dan akhirnya terhasillah Rainbow Bread Pudding ni...






Bahan-Bahan

4 keping roti
2 biji telor
1/2 cawan susu pekat
170ml susu cair
10g agar-agar serbuk
1/2 cawan gula
2 sb marjerin(cairkan)
31/2 cawan air
Pewarna merah, hijau, kuning dan biru

Cara-Cara

1) Didihkan 3 cawan air, agar-agar serbuk dan gula dalam periuk
2) Blend roti, telor, susu pekat, susu cair dan lebihan air tadi(1/2 cawan)
3) Masukkan bahan blend ke dalam periuk agar-agar yang telah mendidih tadi
4) Masukkan marjerin dan kacau rata sampai mendidih.Matikan api
5) Bahagikan kepada 4 bahagian. Masukkan warna pilihan dan kacau sebati
6) Ambil sesenduk warna merah dan tuang ditengah2 loyang. Kemudian ambil sesenduk warna hijau, tuang ke atas warna merah tadi. Biarkan puding bergerak sendiri ketepi, tidak perlu diratakan atau kacau.
7) Ulang dengan warna yang lain pula sehingga habis.
8) Ketika melapis hendaklah cepat sebab puding mudah sejuk/membeku
9) Simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam. Hidang semasa sejuk

No comments:

Post a Comment