Tuesday 31 July 2012

Chocolate Chiffon Cake

Salam Ramadhan ke-12 buat semua. Sekejap je dah nak separuh bulan kita puasa. Tak lama lagi dah nak raya kan! Hmm...rasa macam nak buat kuih raya tapi sekarang ni tengah busy dok menyiapkan hamper raya yang ditempah oleh company kat Malaysia tapi nak kena distribute kat London.Alhamdulillah rezeki anak2.
Eh! Dok merapu plak aku ni. Hari ni aku cuba buat kek ni. Actually ia hanyalah sponge cake yang dilapisi cream je. Jom kita tengok resepi...
Bahan-Bahan

Bahan A
30g serbuk koko (larutkan dengan 120ml air suam)
4 biji kuning telor
100g gula castor
130g tepung naik sendiri
1/2 sk baking powder
1/2 sk soda bicarbonate
60ml mentega (dicairkan)

Bahan B
4 biji putih telor
6g gula castor
1/4 sk cream of tartar

Kek filling
400ml whipping cream(manis)
100g coklat masakan (cairkan secara double boil)
1 1/2 sk nescafe (larut dengan 1 sb air panas)
1 sb gelatin halal ( rendam dengan 40ml air dan cairkan secara double boil hingga larut)
1 sk vanila

Coklat ganache
140ml UHT whipping cream (tawar)
350g coklat masakan
1 sb mentega (optional)

Cara-Cara

1) Panaskan oven pada suhu 180c
2) Satukan bahan A dan pukul sehingga kembang guna high speed
3) Di dalam mangkuk lain pukul bahan B (putih telor) hingga kental guna high speed
4) Satukan bahan A ke dalam bahan B secara kaup balik. Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 40 minit atau hingga masak
5) Angkat dari loyang dan telangkupkan kek di atas redai, Biarkan betul2 sejuk baru dipotong kepada 3  atau 4 lapisan
6) Kek filling: Pukul whipping cream hingga kembang dan bertanduk guna high speed. Masukkan esen vanila, coklat cair, larutan nescafe dan gelatin. Pukul hingga sebati
7) Sapu krim filling di permukaan kek. Buat pada semua lapisan
8) Apabila habis, sapu nipis krim keseluruhan kek, masukkan di dalam peti sejk (30 minit)
9) Coklat ganache: panaskan whipping cream secara doble boiler, maskkan coklat dan mentega. Kacau hingga cair. Biarkan sejuk pada suhu bilik
10) Keluarkan kek dan letak diatas redai an tuangkan coklat ganache
11) Hiaskan degan chocolate flakes diatasnya


Wednesday 25 July 2012

Puding Pisang Berkuah

Puding pisang ni dibuat untuk juadah berbuka petang tadi. Seeloknya kalau anda semua ada pisang berangan lagi sedap. Aku kat sini cuma ada sejenis pisang dari Afrika. So bantai jela tapi sedap sebenarnya bila dibuat puding ni.
Bahan-Bahan

Pisang berangan yang telah masak sepenuhnya
Mentega secukupnya
Kismis

Bahan sos kastard
1 tin susu cair
2 biji kuning telor
1/2 cawan air
4 sb gula

Cara-Cara

1) Buat sos kastard dahulu. Satukan semua bahan sos kastard dalam periuk.
2) Kacau sebati kemudian baru dipanaskan atas api hingga pekat. Semasa dipanaskan jangan berhenti mengacaunya supaya adunan tidak bergentel.
3) Sejukkan sos seketika.
4) Untuk pisang, masukkan sedikit mentega dalam kuali non stick
5) Kemudian goreng pisang tadi dalam mentega yang telah dipanaskan
6) Balikkan pisang tadi bila masak dan lembut baru diangkat
7) Hidangkan dalam pinggan/mangkuk, tuangkan sos tadi dan taburkan dengan kismis

Ayam Lemon Madu

Salam semua. Ayam lemon madu ni di masak bersama nasi oren. So kombinasinya sungguh simple. Ia boleh dimakan bersama sedikit ulam-ulaman seperti salad dan tomato ceri. Resepinya adalah seperti berikut:

Bahan-Bahan

1/2 kg ayam dipotong kecil
3 sb kicap
2 sb sos cili
2 biji lemon diambil jusnya
1 1/2 sb madu
1 sb minyak sayuran
1 cm halia dimayang halus
3 ulas bawang putih dicincang
1/2 cawan susu cair
1/2 kiub pati ayam
1 sb tepung jagung
1 1/4 cawan mentega
garam secukup rasa
minyak untuk menggoreng

Cara-Cara

1) Bersihkan ayam dan gaulkan bersama kicap, jus lemon, mimyak sayuran dan madu. Perap selama 1/2 jam.
2) Goreng ayam yang telah diperap sehingga garing.
3) Tinggalkan sedikit minyak goreng ayam tadi dalam kuali dan tambahkan mentega. Tumis halia dan bawang putih sehingga naik bau.
4) Kemudian masukkan sos cili dan susu cair. Biarkan mereneh dan masukkan kiub pati ayam serta garam secukup rasa.
5) Masukkan tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air. Apabila agak pekat, masukkan ayam yang telah digoreng tadi.
6) Kacau ayam agar rata dan kuah sebati dengan ayam.
7) Angkat dan hidangkan.

Nasi Oren

Salam Ramadhan ke-6. Hari ni aku dan family keluar tengok Dark Knight Rises. Movie habis dalam pukul 6.30pm so kelam kabut jugak balik nak masak walaupun bukak puasa kat sini pukul 9pm. Tengok dalam peti ais ada lemon dan limau sunkist yang dibeli semalam, so terasa nak cuba resepi nasi oren. Alhamdulillah menjadi dan rasanya not bad tapi suami dan anak2 suka katanya. Jom kita tengok resepi nasi oren.
Bahan-Bahan

4 pot beras basmathi
1 biji bawang besar dikisar
2 ulas bawang putih dikisar
1/3 cawan mentega
2 sb jus oren @ jus dari sebiji limau sunkist
1 kiub pati ayam
1 biji buah oren-dihiris nipis sebagai hiasan
garam secukup rasa
1 helai daun pandan
sedikit pewarna kuning
1/2 cawan kismis

Cara-Cara

1) Basuh beras hingga bersih dan toskan
2) Panaskan periuk rice cooker kemudian masukkan mentega. Tumiskan bawang besar dan bawang putih yang dikisar serta daun pandan sehingga naik bau.
3) Kemudian masukkan kiub pati ayam dan kacau hingga sebati
4) Masukkan beras yang telah ditoskan. Selepas itu masukkan air secukupnya mengikut sukatan yang anda biasa.
5) Masukkan garam dan lada sulah serta beberapa titik pewarna kuning. Kacau hingga sebati dan bolehlah dimasak dalam rice cooker.
6) Apabila nasi sudah masak, tambahkan kismis dan gaul sebati

Tuesday 24 July 2012

Ikan Siakap Stim

Salam semua. Ada pelbagai style orang stim siakap. Aku ikut resepi abah yang dipelajarinya dengan seorang chef kat Thailand.
Bahan-Bahan

Ikan Siakap
Garam
Halia dipotong panjang
Bawang putih dimayang
Serai dihiris halus
3 biji cili padi merah dipotong halus
1 biji buah plum jeruk
Daun ketumbar
Tomato dipotong dadu siz besar
3 helai daun limau purut
1 sb minyak
1 sb kicap
2 sb air
Sedikit air asam limau nipis

Cara-Cara

1) Lumurkan ikan siakap dengan sedikit garam
2) Letakkan buah plum dalam perut ikan
3) Curahkan minyak, kicap dan air
4) Taburkan halia, bawang putih ,serai dan cili merah
5) Letakkan daun ketumbar, daun limau purut dan juga tomato yang dipotong dadu
6) Kukuskan dalm pengukus lebih kurang 15-20 minit.
7) Bila masak, bolehlah diperah sedikit air asam limau


Tomyam Seafood

Salam Ramadhan semua. Hari ni aku nak share resepi tomyam seafood yang aku masak untuk berbuka nanti.
Bahan-Bahan

3 ulas bawang putih diketuk
1 biji  bawang besar dihiris tebal
2 biji cili padi diketuk
2 batang serai diketuk
Seafood
2 kiub tomyam
Bunga kobis
Carrot
2 biji tomato dibelah 4
4 helai daun limau purut
Asam limau
Gula
Garam
Perasa

Cara-Cara

1) Masukkan bawang putih, serai, cili padi kedalam periuk dan tambahkan air
2) Masukkan seafood, kiub tomyam dan daun limau purut
3) Apabila hampir mendidih, masukkan gula, garam dan perasa
4) Masukkan sayur2 dan bawang besar. Perahkan sedikit air asam limau nipis
5) Akhir sekali baru masukkan tomato yang dibelah 4


Cucur Udang Rangup

Salam bersiaran. Cucur udang ni dibuat dua hari lepas tapi tak sempat nak update. Hubby request nak makan cucur udang tapi bahan tak berapa nak cukup iaitu daun kuchai. So aku bantai letak daun bawang.
Bahan-Bahan

3 1/2 cawan tepung naik sendiri
2 cawan isi udang
3 cawan air sejuk
2 sb knorr pasti sedap
1 1/4 sk garam(atau secukup rasa)
1/2 cekak daun kuchai-dihiris 2 cm
1/4 biji kubis dihiris halus
1 1/2 biji bawang besar dipotong dadu
1/2 sk kunyit serbuk
1 biji telor

Cara-Cara
1) Campurkan kesemua bahan-bahan dalam satu bekas kecuali air dan telor
2) Gaul semua bahan tadi biar rata. Masukkan telor dan air sedikit demi sedikit sambil dikacau rata
3) Panaskan minyak yang banyak secukupnya denagn api yang sederhana
4) Ambil sesenduk kecil bancuhan cucur lalu cucurkan kedalam minyak yang telah panas dengan cara membentuk cucur menjadi bentuk yang agak lebar. Ulangi proses sehingga cucur memenuhi kuali
5) Bila cucur timbul, ceraikan supaya tidak melekat antara satu sama lain
6) Boleh dimakan bersama penyicah


Mini Pavlova

Salam Ramadhan Al-Mubarak. Dessert untuk buka puasa harini aku buat mini pavlova.
Bahan-Bahan

4 biji putih telor
3/4 cawan gula castor
1/2 sk vanila
1 sk cuka masakan
1/2 sb tepung jagung

Bahan topping
1 cawan whipping cream(240ml)
1 1/2 sb gula icing
1/2 sk vanila
strawberry, kiwi, raspberry, anggur hitam

Cara-Cara

1) Pukul putih telor pada kelajuan perlahan sehingga terbentuk soft peak
2) Kemudian pada kelajuan tinggi, masukkan gula sudu demi sudu sambil terus putar adunan
3) Teruskan putar pada kelajuan tinggi sehingga adunan bertukar menjadi putih berkilat. Bila diangkat ia kan menjadi tanduk
4) Masukkan esen vanila kemudian pukul sampai sebati
5) Masukkan tepung jagung(sift) dan cuka.Gaulkan guna spatula
6) Buat garisan bulat atas kertas minyak dan piping menggunakan nozzle yang besar mengikut saiz bulatan yang dilukis
7) Bakar pada suhu 150c(panaskan oven 15 minit awal)
8) Selepas 15 minit, turunkan ke suhu 140c dan bakar selama 1 jam

Cara buat topping

1) Pukul whipping cream bersama gula icing dan vanila.
2) Pukul sehingga adunan menjadi pekat dan tidak jatuh bila diangkat
3) Letakkan topping atas meringue yang sudah siap dibakar tadi dan hiaskan dengan buah-buahan ikut citarasa anda

Pulut Panggang

Salam Ramadhan semua. Hari ni sudah hari ke-5 kami berpuasa di London ni. Cuaca cukup panas sebab summer rasanya baru start. Last few weeks walaupun summer tapi asyik hujan je macam musim tengkujuh rasanya.
Menu berbuka hari ni aku ada masak pulut panggang atas permintaan en.hubby yang nak makan pulut ni. Lagipun stok serunding daging yang mama aku kirimkan still ada balance.So, resepi pulut panggang ni ialah seperti berikut:
Inila rupa pulut panggang yang sudah dibungkus tapi belum dipanggang.
Bahan-Bahan

2 cawan beras pulut-cuci dan rendam selama 3 jam
1 cawan santan cair
1/4 sk garam
2 helai daun pandan disimpul
daun pisang secukupnya
lidi sate atau stapler

Bahan Inti
Serunding daging

Cara-Cara

1) Didihkan air dalam periuk kukus dan kukus beras pulut anggaran 30 minit atau sehingga masak
2) Campurkan sedikit garam dalam santan dan kacau rata. Tuangkan dalam beras pulut tadi dan biarkan pulut masak sepenuhnya. Angkat dan sejukkan.

Bungkus pulut panggang
1) Kerat daun pisang anggaran lebar tapak tangan atau 1 1/2 inci yang telah dilayurkan api. Sapu sedikit minyak pada sebelah permukaan daun pisang tadi.
2) Letakkan anggaran 2 sudu besar pulut dan ratakan sedikit. Letak inti serunding memanjang anggaran 1 sudu besar ditengah-tengah pulut. Gulung kemas dan padatkan sedikit.
3) Cucuk dihujung daun pisang tadi dengan lidi sate atau boleh juga distaplerkan. Gunting lebihan daun pisang dihujungnya
4) Pulut boleh dipanggang atas api kecil dalam 10 minit dan terbalikkan pulut selang beberapa minit supaya sekata.



Saturday 21 July 2012

Fruit Tart

Fruit tart ni paling simple sebab semuanya aku beli yang segera. So tak payah susah2 nak buat pastry dan fillingnya.

Bahan-Bahan

Pastry yang siap dijual
Filling perisa apple dan raspberry dalam tin
Strawberry
Kiwi
Raspberry
Anggur

Cara-Cara

1) Masukkan filling dalam tin kedalam setiap pastry
2) Hiaskan dengan buah-buahan kesukaan anda
3) Kalau nak nampak lagi cantik dan berkilat, boleh sapukan aprikot jem diatas buah2 tersebut

Acar Mentah

Bahan-Bahan

Timun dihiris memanjang
Carrot dihiris memanjang
Nenas dipotong kecil(Lupa nak letak)
Cili merah dibelah dua dan buang biji serta hiris memanjang
1/2 biji bawang besar dimayang memanjang
Cuka
Gula
Garam

Cara-Cara

1) Campurkan kesemua bahan dalam satu bekas
2) Biarkan seketika sehingga semuanya sebati. Siap untuk dihidangkan

Air Bandung Soda Melambai

Air ni merupakan salah satu air favourite kalau makan kat luar. So tadi aku buatlah untuk buka puasa.

Bahan-Bahan

1/4 cawan sirap
Gula(masak atas api bersama sirap dan letak daun pandan)
3/4 tin susu cair
3/4 jug ais kiub
1/2 tin ice cream soda

Cara-Cara

1) Satikan sirap, air gula, susu cair, ice cream soda dan kacau rata. Masukkan kiub ais
2) Biarkan kiub ais mencair. Tak perlu tambah air kerana ia akan mengurangkan rasa lemak sirap bandung

Puding caramel tanpa kukus dan tanpa telor

Puding dibuat sebab aku takde pengukus sebenarnya. Biasanya puding ni dikukus tapi macam malas nak beli pengukus sbb dah ada pun kat Malaysia. So bila godak2 resepi, aku dapatla dari satu blog ni. Bila cuba buat rasanya not bad, macam yg kita beli kat tesco atau giant tu. Sedap juga walaupun takde telor. Jom lihat resepinya...

Bahan-Bahan

Bahan untuk caramel
3/4 cawan gula pasir
3 sb air

Bahan A
1 bungkus agar2 serbuk pastikan warnanya clear (10g)(aku letak 2 bungkus sbb beli yg vegetable gel)
4 cawan air
1/2 cawan gula pasir

Bahan B
1 tin susu cair(lbh kurang 400g)
2 sb custard
1 sk vanilla
semuanya dicampur sebati dalam satu bekas

Cara-Cara

1) Untuk caramel: hanguskan gula dalam kuali. Bila semua hampir larut/ berwarna emas, tuang sedikit air perlahan2(masa ni kena hati2 sbb sgt mudah meruap)
2) Tuangkan dalam acuan atau bekas
3) Dalam periuk, didhkan bahan A. Kecilkan api kemudian masukkan bahan B
4) Kacau lebih kurang 3 minit atau sehingga adunan sedikit likat dan pekat. Matikan api
5) Tuangkan adunan tadi kedalam acua yang telah berisi caramel tadi
6) Sejukkan sebentar dan boleh dimasukkan ke dalam peti sejuk

Ayam Masak Tomato

Ayam masak tomato ni boleh dimakan bersama nasi hujan panas. Jom lihat resepi ayam ini...
Bahan-Bahan

1 ekor ayam dipotong dan dibersihkan
2 biji tomato dipotong dadu
5 sb sos tomato
3 sb sos cili
3 sb pes tomato
2 sb cuka
2 sb cili kisar
4 sb gula
1/4 cwn air
Garam
Minyak

Bahan Kisar
2 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
3cm halia

Bahan Tumis
2 btg kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga

Cara-Cara

1) Gaul ayam dengan serbuk kunyit dan garam secukupnya. Perap selama 20 minit dan goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan
2) Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan tumis hingga naik bau dan masukkan bahan kisar, cili kisar, tomato dadu dan kacau sekejap
3) Masukkan semua sos, cuka dan air. Masak hingga mendidih sebentar
4) Masukkan ayam dan gaul hingga rata
5) Masukkan garam dan gula secukup rasa
6) Masak hingga pekat. Hidangkan dengan nasi tomato atau nasi minyak atau nasi hujan panas

Nasi Hujan Panas Perantau

Salam Ramadhan buat semua. Hari ni masuk hari kedua kami di London berpuasa. Awal sehari dari Malaysia. Semalam first day puasa quite busy sbb anak yg no 2 masuk hospital untuk menjalani operation untuk cabut 11 batang gigi. She was under general anaesthesia. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. So menu hari pertama, kira simple je sbb aku just masak nasi ayam dan buat water chestnut with tapioca. Hari ni sempatla masak banyak sikit untuk berbuka. Jom singgah tengok resepi nasi hujan panas.
Bahan-Bahan

4 cawan beras basmathi
Air secukupnya(sukatan ikut jenis beras yg anda guna)
2 sb mentega
1 sb minyak
1 biji bawang besar-dimayang
3 ulas bawang putih-dimayang
1/2 inci halia-dimayang
Sedikit garam
1 kiub pati ayam
1 btg kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
2 helai daun pandan disimpul
Pewarna hijau, kuning dan merah

Cara-Cara

1) Basuhkan beras dan toskan
2) Cairkan mentega bersama minyak dalam periuk rice cooker
3) Masukkan rempah bersama bawang besar, bawang putih, halia yang dimayang bersama daun pandan. Goreng hingga wangi. Kemudian masukkan kiub pati ayam. Kacau rata sebentar
4) Kemudian masukkan beras dan sedikit garam dan kacau
5) Masukkan air secukupnya dan masak nasi macam biasa.
6) Bila nasi hampir kering, buat beberapa lubang dan titiskan pewarna( Tutup semula periuk nasi)
7) Tunggu sehingga nasi betul2 masak dan gemburkan dengan garfu sebelum dihidangkan

Monday 16 July 2012

Fruit Picking

Last Sunday kami berkesempatan pegi fruit picking kat sini. Activity sebegini biasanya masa summer dan biasanya dalam bulan Julai sebab masa tu je segala buah2 ni ada. Orang kata musim buahla kiranya. Farm yang kami pegi tu ada strawberry, raspberry, gooseberry, cherry dan blackberry. Buah apple pun ada tapi sekarang ni belum masak dan tak boleh picking lagi.