Thursday, 7 November 2013

Raisin Vanilla Cupcakes

      Assalamualaikum semua yg mengenali diri ini. Setelah sekian lama aku menyepikan diri akhirnya berjaya juga aku mengupdate blog yg rsnya dah bersawang ini. Mmg tak dinafikan sungguh susah untuk aku meneruskan aktiviti masak -memasak sejak dah mula bekerja. Alangkah bagusnya klu aku boleh teruskan minat ni seperti seblm ni.
    Pagi2 tadi aku keluar beli brg      dengan adik bongsuku. Since hubby still out-station 6 hari yg lps, tetiba adikku request utk bw kek ke hostelnya di uitm. Aku plak rs malas plak nak masak kek, so bgtau dia kita msk cupcake je la. she's ok with this.




Bahan-bahan 
250g butter
200g gula castor
300g tepung naik sendiri
1/2 st baking powder
3 sb raisin
3 biji telor
1/2 st esen vanila

Bahan Aising
250g butter
200g gula icing
1 st esen vanila
pewarna pink

Cara-cara
1) Pukul gula castor dan butter sehingga kembang
2) Masukkan telor satu persatu dan pukul lg sehingga kembang
3) Masukkan esen vanilla dan masukkan tepung yg telah diayak dgn baking powder sedikit demi sedikit kedalam adunan. Teruskan putar sehingga sebati
4) Masukkan raisin dan kacau menggunakan senduk
5) Sudukan kedalam acuan cupcake yg diletakkan dlm loyang pembakar cupcake
6) Bakar pada suhu 160c selama 15 minit
7) Untuk icing: Pukul butter dan gula icing sehingga kembang dan putih
8) Masukkan vanilla dan sedikit pewarna yg anda sukai
9) Pipingkan icing dan hias mengikut kreativiti anda

No comments:

Post a Comment