Saturday, 23 November 2013

Pavlova

     Assalamualaikum semua. Setelah sekian lama menyepikan diri, akhirnya hari ni aku terajin pula nak mengupdate aktiviti hari ini. 23.11.13 merupakan hari ulang tahun anak gadisku yang kedua. She is 7 years old today even another two months dah nak masuk darjah dua. So hari ni adala buat small birthday party buat dia. Tak invite sapa2 pun just family members. Lagi pun party ni unplan. Last minute sebenarnya. Hari ni aku nak berkongsi resepi pavlova. Last buat masa kat UK, now sempatla buat kejap td even badan x berapa sihat sebenarnya. Demi anak tercinta mommy gagahkan diri.
ni la rupa pavlova yg belum dibakar. Sila abaikan kertas yg digunakan. Parchment paper dah hbs td. 
Rupa bila keluar dari oven
Dah siap! Taraaa

Bahan-Bahan
4 biji putih telor (asingkan putih dan kuning)
1/2 cawan gula castor
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil vanila
1 sudu kecil cuka( distilled vinegar )
 
Bahan-Bahan Topping
Sedikit whipping cream (simpan sejuk beku sebelum diguna)
Sedikit castor sugar ( klu x suka manis x pyh letak)
1 sudu kecil vanila
Buah- buahan untuk hiasan

Cara-Cara
1) Pukul putih telor hingga kembang
2) Masukkan gula castor sedikit demi sedikit
3) Masukkan cuka dan vanilla
4) Pukul lg sehingga kembang
5) Masukkan tepung jagung
6) Apabila adunan dah jadi soft peak, masukkan dalam piping bag
7) Bakar dalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 140c selama lbh kurang sejam
8) Putar whipping cream dan masukkan vanila serta gula castor
9) Putar sehingga nampak pekat
10) Masukkan dlm piping bag dan hiaskan atas pavlova
11) Hiaskan dgn buah- buahan yg anda suka
Ni cth whipping cream yg digunakan

No comments:

Post a Comment