Monday, 9 February 2015

Kek Batik Coklat Malteser

Assalamualikum.Dah lama rasanya x update resepi2 baru dlm blog ni. Sungguh x berkesempatan dan busy dgn tugasan harian. Semalam kat rumah saya ada majlis pertunangan adik, so saya berhasrat nak masak kek tp xnak yg masuk oven. Masa sungguh terhad so i need something easy to cook. At last terhasillah kek batik coklat malteser ala2 my style.

Bahan-bahan
1. Biskut marie 250g (patahkan dua)
2. 250g butter
3. 2 cawan milo
4. 2 sudu besar serbuk koko
5. 1/2 tin susu pekat manis
6. 1 cawan kismis
7. 1 cawan badam cincang digoreng      tanpa minyak

Bahan topping
1. 1 paket coklat malteser
2. 1 cawan serbuk koko
3. 1 cawan susu pekat manis
4. 2 sudu besar minyak masak

Cara-cara
1. Cairkan butter yg telah diletakkan pada suhu bilik di dalam kuali
2. Masukkan susu pekat manis dan kacau sebati
3. Masukkan serbuk koko dan milo. Kacau sehingga adunan keluar bubble(bunyi blup blup)
4. Masukkan biskut marie yg telah dipatah2 kan dua
5. Masukkan badam cincang dan kismis. Gaul hingga sebati
6. Masukkan kedalam loyang yg telah dilapikkan dgn parchment paper/aliminium foil
7. Tekan menggunakan sudip supaya mampat dan rata

Cara-cara membuat topping
1. Campurkan serbuk koko, susu pekat manis, minyak masak dan kacau diatas api yg kecil
2. Apabila dah sebati tuangkan diatas kek batik
3. Susunkan coklat malteser diatas kek
4. Sejukkan sekurang2nya dua jam dlm peti sejuk dan potong empat segi mengikut selera anda



No comments:

Post a Comment