Salam Ramadhan ke-6. Hari ni aku dan family keluar tengok Dark Knight Rises. Movie habis dalam pukul 6.30pm so kelam kabut jugak balik nak masak walaupun bukak puasa kat sini pukul 9pm. Tengok dalam peti ais ada lemon dan limau sunkist yang dibeli semalam, so terasa nak cuba resepi nasi oren. Alhamdulillah menjadi dan rasanya not bad tapi suami dan anak2 suka katanya. Jom kita tengok resepi nasi oren.
Bahan-Bahan
4 pot beras basmathi
1 biji bawang besar dikisar
2 ulas bawang putih dikisar
1/3 cawan mentega
2 sb jus oren @ jus dari sebiji limau sunkist
1 kiub pati ayam
1 biji buah oren-dihiris nipis sebagai hiasan
garam secukup rasa
1 helai daun pandan
sedikit pewarna kuning
1/2 cawan kismis
Cara-Cara
1) Basuh beras hingga bersih dan toskan
2) Panaskan periuk rice cooker kemudian masukkan mentega. Tumiskan bawang besar dan bawang putih yang dikisar serta daun pandan sehingga naik bau.
3) Kemudian masukkan kiub pati ayam dan kacau hingga sebati
4) Masukkan beras yang telah ditoskan. Selepas itu masukkan air secukupnya mengikut sukatan yang anda biasa.
5) Masukkan garam dan lada sulah serta beberapa titik pewarna kuning. Kacau hingga sebati dan bolehlah dimasak dalam rice cooker.
6) Apabila nasi sudah masak, tambahkan kismis dan gaul sebati
No comments:
Post a Comment