Saturday 23 November 2013

Pavlova

     Assalamualaikum semua. Setelah sekian lama menyepikan diri, akhirnya hari ni aku terajin pula nak mengupdate aktiviti hari ini. 23.11.13 merupakan hari ulang tahun anak gadisku yang kedua. She is 7 years old today even another two months dah nak masuk darjah dua. So hari ni adala buat small birthday party buat dia. Tak invite sapa2 pun just family members. Lagi pun party ni unplan. Last minute sebenarnya. Hari ni aku nak berkongsi resepi pavlova. Last buat masa kat UK, now sempatla buat kejap td even badan x berapa sihat sebenarnya. Demi anak tercinta mommy gagahkan diri.
ni la rupa pavlova yg belum dibakar. Sila abaikan kertas yg digunakan. Parchment paper dah hbs td. 
Rupa bila keluar dari oven
Dah siap! Taraaa

Bahan-Bahan
4 biji putih telor (asingkan putih dan kuning)
1/2 cawan gula castor
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil vanila
1 sudu kecil cuka( distilled vinegar )
 
Bahan-Bahan Topping
Sedikit whipping cream (simpan sejuk beku sebelum diguna)
Sedikit castor sugar ( klu x suka manis x pyh letak)
1 sudu kecil vanila
Buah- buahan untuk hiasan

Cara-Cara
1) Pukul putih telor hingga kembang
2) Masukkan gula castor sedikit demi sedikit
3) Masukkan cuka dan vanilla
4) Pukul lg sehingga kembang
5) Masukkan tepung jagung
6) Apabila adunan dah jadi soft peak, masukkan dalam piping bag
7) Bakar dalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 140c selama lbh kurang sejam
8) Putar whipping cream dan masukkan vanila serta gula castor
9) Putar sehingga nampak pekat
10) Masukkan dlm piping bag dan hiaskan atas pavlova
11) Hiaskan dgn buah- buahan yg anda suka
Ni cth whipping cream yg digunakan

Thursday 7 November 2013

Raisin Vanilla Cupcakes

      Assalamualaikum semua yg mengenali diri ini. Setelah sekian lama aku menyepikan diri akhirnya berjaya juga aku mengupdate blog yg rsnya dah bersawang ini. Mmg tak dinafikan sungguh susah untuk aku meneruskan aktiviti masak -memasak sejak dah mula bekerja. Alangkah bagusnya klu aku boleh teruskan minat ni seperti seblm ni.
    Pagi2 tadi aku keluar beli brg      dengan adik bongsuku. Since hubby still out-station 6 hari yg lps, tetiba adikku request utk bw kek ke hostelnya di uitm. Aku plak rs malas plak nak masak kek, so bgtau dia kita msk cupcake je la. she's ok with this.




Bahan-bahan 
250g butter
200g gula castor
300g tepung naik sendiri
1/2 st baking powder
3 sb raisin
3 biji telor
1/2 st esen vanila

Bahan Aising
250g butter
200g gula icing
1 st esen vanila
pewarna pink

Cara-cara
1) Pukul gula castor dan butter sehingga kembang
2) Masukkan telor satu persatu dan pukul lg sehingga kembang
3) Masukkan esen vanilla dan masukkan tepung yg telah diayak dgn baking powder sedikit demi sedikit kedalam adunan. Teruskan putar sehingga sebati
4) Masukkan raisin dan kacau menggunakan senduk
5) Sudukan kedalam acuan cupcake yg diletakkan dlm loyang pembakar cupcake
6) Bakar pada suhu 160c selama 15 minit
7) Untuk icing: Pukul butter dan gula icing sehingga kembang dan putih
8) Masukkan vanilla dan sedikit pewarna yg anda sukai
9) Pipingkan icing dan hias mengikut kreativiti anda

Monday 16 September 2013

Gardenia Cheese With Bolognese Sauce


Happy Malaysia Day 16th September 2013. Walaupun hari ni Public Holiday aku tak kemana2 pun since hubby outstation ke Sabah. Petang ni rasa nak masak simple2 utk dinner mlm nnt. Aku try masak benda alah ni.
 
Susun roti gardenia
Bahan2 yg diperlukan
Goreng bahan2
Tabur atas roti
Letak cheese atasnya
Bakar dlm oven
inila hasilnya
Bahan-Bahan
Roti gardenia potong tiga segi
Bolognese sauce
Cendawan
Cili benggala potong dadu
Bawang besar potong dadu
Sosej atau bebola daging
Cheese
Serbuk lada hitam

Cara-Cara
1) Tumis bwg besar dengan olive oil
2) Masak sosej yg dipotong kecil
3) Masukkan sos bolognese, cili     
benggala dan cendawan. Letak sedikit lada hitam
4) Susun roti gardenia dlm bekas 
5) Tuang sos td keatas roti
6) Susun cheese diatasnya. Bakar dlm oven pd suhu 180c selama 10-15 min atau sehingga cheese cair dan brownish color

Monday 11 March 2013

Rainbow Bread Pudding

                 Assalamualaikum semua. Setelah sekian lama menyepikan diri, akhirnya aku muncul semula hari ni. Bukannya apa, jadual seharian yang terlalu padat tidak mengizinkan diri ini mengupdate blog ni.First quarter of the year tersangatla busynya. Kenduri kawinla, auditla dan macam2 lagi . Dah lama teringin nak buat rainbow pudding ni, tetiba hari ni inspired by one recipe yang aku terbaca kat fb. Terus dengan semangatnya pegi beli barang2 yang diperlukan dan akhirnya terhasillah Rainbow Bread Pudding ni...






Bahan-Bahan

4 keping roti
2 biji telor
1/2 cawan susu pekat
170ml susu cair
10g agar-agar serbuk
1/2 cawan gula
2 sb marjerin(cairkan)
31/2 cawan air
Pewarna merah, hijau, kuning dan biru

Cara-Cara

1) Didihkan 3 cawan air, agar-agar serbuk dan gula dalam periuk
2) Blend roti, telor, susu pekat, susu cair dan lebihan air tadi(1/2 cawan)
3) Masukkan bahan blend ke dalam periuk agar-agar yang telah mendidih tadi
4) Masukkan marjerin dan kacau rata sampai mendidih.Matikan api
5) Bahagikan kepada 4 bahagian. Masukkan warna pilihan dan kacau sebati
6) Ambil sesenduk warna merah dan tuang ditengah2 loyang. Kemudian ambil sesenduk warna hijau, tuang ke atas warna merah tadi. Biarkan puding bergerak sendiri ketepi, tidak perlu diratakan atau kacau.
7) Ulang dengan warna yang lain pula sehingga habis.
8) Ketika melapis hendaklah cepat sebab puding mudah sejuk/membeku
9) Simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam. Hidang semasa sejuk

Sunday 17 February 2013

I LOVE PINK!!

          Salam ceria di hari Ahad.Pagi-pagi lagi kami sekeluarga pergi ke Subang untuk menghadiri mesyuarat family sempena perkahwinan sepupuku pada 2hb Mac nanti. Aku terasa nak bawa sebiji kek so bolehla saudara mara makan time meeting tu nanti. Mood di pagi Ahad ni rasanya sooo pinky.Maka terhasillah kek pink yang rasanya sangat digemari oleh anak-anakku.






Saturday 12 January 2013

Fruit cake with vanilla ice cream

                Terasa nak makan ice cream panas2 ni. So lebihan kek buah yang dimasak tu, aku campurkan dengan ice cream




Bahan-Bahan

Kek buah yang dipotong kecil
Ice cream vanilla
Whipping cream
Ceri untuk hiasan
Hersheys strawberry syrup

Cara-Cara

1) Letakkan kek buah yang dipotong kecil dalam bekas
2) Letakkan ice cream dan whipping cream
3) Letakkan sedikit hersheys syrup dan hiaskan dengan ceri atau almond flakes

Cheese and Pineapple Sandwich

                   Pagi ni terasa nak makan sandwich untuk breakfast. Aku cuba buat sandwich yang simple tapi sedap rasanya. Cuma ada juga orang yang tak berapa suka rasa masam manis nenas.



 Bahan-Bahan

Roti Gardenia
Cheese
Nenas dalam tin
Marjerin

Cara-Cara

1) Sapukan marjerin pada roti
2) Lapiskan sekeping cheese
3) Letakkan nenas dalam tin yang dipotong kecil
4) Lapiskan sekeping lagi cheese dan letakkan sekeping roti diatasnya
5) Potongkan kepada bentuk segi tiga


Kek Buah Bakar

         Salam pagi Ahad semua.Semoga anda semua ceria sentiasa. Setelah sekian lama dok tangguh projek baking aku, akhirnya hari ni berjaya ke dapur untuk baking kek buah. Itupun sebab si hubby sibuk bergolfing so aku pun turunla dapur untuk berbaking. Resepi kali ni aku ambik dari Chef Hanieliza.
                                                      Ni la rupa kek sebelum masuk oven
                                                                   Taraa... dah masak
                                                  Ni la rupa setelah di make-up kan


                                                         Jemput makan semua.....

Bahan-Bahan

Bahan A
150ml minyak(1/3 cawan + 1/4 cawan)
3 biji telor
3 sb susu cair
1 sk madu
1 sb jus oren

Bahan B
1 1/2 cawan gandum *(ayak)
2 sk baking powder *(ayak)
1 cawan brown sugar
2 cawan mix fruit
50g almond flakes
1sk parutan kulit oren

Cara-Cara

1) Campur bahan A dalam bekas dan kacau rata menggunakan senduk. Ketepikan
2) Gaul bahan ayak dengan gula perang
3) Masukkan mix fruit, badam dan parutan oren
4) Perlahan-lahan tuangkan bahan A kedalam bahan ayak tadi
5) Kacau rata dengan senduk sehingga sebati
6) Ratakan dalam loyang yang dilapik kertas minyak dan lenserkan bahagian tepi dengan sedikit marjerin   
    atau butter
7) Aturkan ceri dan badam untuk hiasan
8) Bakar pada suhu 150c selama 40 minit