Showing posts with label Dessert. Show all posts
Showing posts with label Dessert. Show all posts

Saturday, 10 June 2017

Pengat Ubi Campur


Bahan-bahan

2 biji keledek manis purple
2 biji keledek kuning
2 biji ubi kayu
2-3 keping gula melaka
2 sudu gula
Sedikit garam
Sekotak santan
3 gelas air
2 helai daun pandan

Cara-cara
1) Potong dadu ubi keledek & ubi kayu
2) Cairkan gula melaka bersama air. Masukkan daun pandan yg disimpul
3) Masukkan gula
4) Apabila dah cair, masukkan ubi
5) Masukkan santan dan sedikit garam
6) Apabila ubi susah empuk. Padamkan api



Sunday, 8 January 2017

Pancake


Bahan-bahan
Dr Oetker Nona Pancake Mix Original
1 biji telor
300ml air
30ml minyak sayuran
Buah-buahan eg strawberry, pisang & blueberry
Hershey's chocolate syrup atau madu

Cara-cara
1) Panaskan kuali non-stick
2) Campurkan pancake mix, minyak, telor dan air. Kacau guna whisk sehingga sebati
3) Tuangkan 1/4 cawan campuran tepung tadi keatas kuali non stick
4) Bila nampak gelembung udara, balikkan pancake
5) Angkat apabila warna keemasan
6) Hidangkan bersama chocolate syrup dan buah-buahan. Boleh dihidangkan juga bersama madu @ maple syrup



Monday, 11 May 2015

Mango Sticky Rice

Selamat bersiaran buat semua. Dah lama akak x meng'update' resepi2 terkini. Bukannya apa, niat sentiasa ada tp masa yg xde. Akak teramatla busy sejak kembali bertugas. huhu
Alhamdulillah hubby ada bawa balik mangga harum manis dari Perlis. Tetiba terasa nak mkn pulut mangga edisi thai. Biasanya klu kat restoren, kami order mesti licin disapu oleh anak2.So kali ni kita buat sendiri dan dpt mkn sepuas2nya.
Biasanya harum manis ni mmg hanya available di Perlis je


Bahan-Bahan
Beras pulut 2 pot
Santan kotak kecil 2 kotak
Gula 3/4 cawan
Garam 1 sudu teh
3-4 helai daun pandan

Bahan-Bahan santan pekat
Santan paket kecil 1 1/2 kotak
Tepung jagung 1 sudu besar
Gula 3 sudu besar
Garam 1/2 sudu teh

Mangga 3 biji
Mung bean 1 sudu besar

Cara-cara
1) Masakkan beras pulut sehingga masak
2) Masukkan santan, gula, garam dan daun pandan. Kacau sehingga sebati sambil masak di atas api. Jangan spi mendidih. Padamkan api
3) Masukkan pulut yg telah masak ke dalam periuk bertutup dan tuangkan santan yg telah dimasak tadi. Kacau sehingga rata. Tutup dan biarkan selama 15-20 min
4) Masukkan santan, gula, garam & tepung jagung dlm satu bekas dan kacau sebati
5) Panaskan dlm microwave
6) Gorengkan mung bean sehingga kekuningan
7) Potongkan mangga
8) Pulut, mangga dan tuangkan santan pekat ke atas pulut beserta dgn mung bean

Saturday, 23 November 2013

Pavlova

     Assalamualaikum semua. Setelah sekian lama menyepikan diri, akhirnya hari ni aku terajin pula nak mengupdate aktiviti hari ini. 23.11.13 merupakan hari ulang tahun anak gadisku yang kedua. She is 7 years old today even another two months dah nak masuk darjah dua. So hari ni adala buat small birthday party buat dia. Tak invite sapa2 pun just family members. Lagi pun party ni unplan. Last minute sebenarnya. Hari ni aku nak berkongsi resepi pavlova. Last buat masa kat UK, now sempatla buat kejap td even badan x berapa sihat sebenarnya. Demi anak tercinta mommy gagahkan diri.
ni la rupa pavlova yg belum dibakar. Sila abaikan kertas yg digunakan. Parchment paper dah hbs td. 
Rupa bila keluar dari oven
Dah siap! Taraaa

Bahan-Bahan
4 biji putih telor (asingkan putih dan kuning)
1/2 cawan gula castor
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil vanila
1 sudu kecil cuka( distilled vinegar )
 
Bahan-Bahan Topping
Sedikit whipping cream (simpan sejuk beku sebelum diguna)
Sedikit castor sugar ( klu x suka manis x pyh letak)
1 sudu kecil vanila
Buah- buahan untuk hiasan

Cara-Cara
1) Pukul putih telor hingga kembang
2) Masukkan gula castor sedikit demi sedikit
3) Masukkan cuka dan vanilla
4) Pukul lg sehingga kembang
5) Masukkan tepung jagung
6) Apabila adunan dah jadi soft peak, masukkan dalam piping bag
7) Bakar dalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 140c selama lbh kurang sejam
8) Putar whipping cream dan masukkan vanila serta gula castor
9) Putar sehingga nampak pekat
10) Masukkan dlm piping bag dan hiaskan atas pavlova
11) Hiaskan dgn buah- buahan yg anda suka
Ni cth whipping cream yg digunakan

Monday, 11 March 2013

Rainbow Bread Pudding

                 Assalamualaikum semua. Setelah sekian lama menyepikan diri, akhirnya aku muncul semula hari ni. Bukannya apa, jadual seharian yang terlalu padat tidak mengizinkan diri ini mengupdate blog ni.First quarter of the year tersangatla busynya. Kenduri kawinla, auditla dan macam2 lagi . Dah lama teringin nak buat rainbow pudding ni, tetiba hari ni inspired by one recipe yang aku terbaca kat fb. Terus dengan semangatnya pegi beli barang2 yang diperlukan dan akhirnya terhasillah Rainbow Bread Pudding ni...






Bahan-Bahan

4 keping roti
2 biji telor
1/2 cawan susu pekat
170ml susu cair
10g agar-agar serbuk
1/2 cawan gula
2 sb marjerin(cairkan)
31/2 cawan air
Pewarna merah, hijau, kuning dan biru

Cara-Cara

1) Didihkan 3 cawan air, agar-agar serbuk dan gula dalam periuk
2) Blend roti, telor, susu pekat, susu cair dan lebihan air tadi(1/2 cawan)
3) Masukkan bahan blend ke dalam periuk agar-agar yang telah mendidih tadi
4) Masukkan marjerin dan kacau rata sampai mendidih.Matikan api
5) Bahagikan kepada 4 bahagian. Masukkan warna pilihan dan kacau sebati
6) Ambil sesenduk warna merah dan tuang ditengah2 loyang. Kemudian ambil sesenduk warna hijau, tuang ke atas warna merah tadi. Biarkan puding bergerak sendiri ketepi, tidak perlu diratakan atau kacau.
7) Ulang dengan warna yang lain pula sehingga habis.
8) Ketika melapis hendaklah cepat sebab puding mudah sejuk/membeku
9) Simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam. Hidang semasa sejuk

Thursday, 27 December 2012

Agar-Agar Ros

Sempena birthday party Humam dan Yumna, aku juga sempat sediakan agar-agar biasa yang dimasukkan dalam acuan bunga ros. Agar-agar ni memang simple tapi sedap dipandang mata.Hihihi...
Bahan-Bahan

Sepeket agar-agar 42g
5 mug air
1 cawan gula pasir
1 helai daun pandan
Pewarna merah dan hijau

Cara-Cara

1) Masakkan agar-agar bersama air
2) Masukkan gula pasir dan sehelai daun pandan yang disimpul
3) Apabila sudah larut, padamkan api
4) Asingkan sedikit agar-agar kedalam 3 bekas
5) Satu bekas biarkan warna asal, bekas kedua campurkan pewarna merah dan bekas ketiga warna hijau
6) Tuangkan warna merah kedalam acuan berbentuk bunga ros dan warna hijau ke dalam acuan daun
7) Sejukkan seketika di dalam peti ais, apabila keras sedikit keluarkan
8) Tuangkan lebihan warna asal keatas acuan bunga dan daun tadi.
9) Keluarkan agar-agar apabila semuanya keras

Tuesday, 13 November 2012

Puding Caramel Cocktail

Happy Deepavali buat semua penganut Hindu di Malaysia! Tidak lupa juga selamat bercuti bagi rakyat Malaysia especially yang sedang bergembira bersama anak2 sempena cuti sekolah. Hari ni aku menerima kunjungan dari sepupuku yang tinggal di Kelantan. Memandangkan esok mereka sekeluarga akan bercuti di London, so aku sempatla share dan bagi few tips sempena holiday mereka di sana.
           Since this is the first time mereka berkunjung ke teratak usang kami, aku pun masakla special sikit bagi meraikan tetamu. Malam ni aku masak Nasi Arab, Ayam Masak Merah, Acar dan Sambal. Bagi dessertnya pula aku buat puding caramel bercocktail dan kek coklat kukus. Almaklumla tak sempat lagi nak beli oven, so kita try plak alternatif lain selain bakar.
Bahan-Bahan

12 biji telor
500g susu pekat manis(1 tin)
3 sb kastard
250ml air(1 cawan)
8sb gula pasir
1 sk vanilla
1 tin cocktail

Cara-Cara

1) Panaskan pengukus
2) Blendkan telor bersama susu pekat manis dan vanila
3) Panaskan gula dalam bekas dan tambahkan air sedikit demi sedikit. Apabila gula bertukar menjadi warna keperangan, padamkan api dan sejukkan
4) Masukkan telor yang diblend tadi kedalam bekas gula yang dipanaskan tadi
5) Kukuskan selama 15-20 minit. Cucuk dengan lidi untuk memastikan caramel betul2 masak
6) Hiaskan dengan cocktail atau buah-buahan segar.Biarkan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan






Thursday, 9 August 2012

Agar-Agar Santan

Salam semua. Hari ni nak share resepi agar-agar ni tapi aku buat dalam acuan lain skit.
Bahan-Bahan

1 bungkus agar-agar
4 cawan air
1 cawan gula
4 cawan santan
5 helai daun pandan *
2 biji telor * (* dikisar bersama)
Secubit garam

Cara-Cara

1) Masak agar-agar bersama air. Tambahkan gula. Masak hingga mendidih
2) Daun pandan yang dikisar ditapis dan campurkan bersama santan tadi.
3) Tuang ke dalam agar-agar yang mendidih tadi. Tambahkan sedikit garam
4) Apabila pekat, matikan api. Tuang dalam bekas bersesuaian. Sejukkan dalam peti ais

Wednesday, 25 July 2012

Puding Pisang Berkuah

Puding pisang ni dibuat untuk juadah berbuka petang tadi. Seeloknya kalau anda semua ada pisang berangan lagi sedap. Aku kat sini cuma ada sejenis pisang dari Afrika. So bantai jela tapi sedap sebenarnya bila dibuat puding ni.
Bahan-Bahan

Pisang berangan yang telah masak sepenuhnya
Mentega secukupnya
Kismis

Bahan sos kastard
1 tin susu cair
2 biji kuning telor
1/2 cawan air
4 sb gula

Cara-Cara

1) Buat sos kastard dahulu. Satukan semua bahan sos kastard dalam periuk.
2) Kacau sebati kemudian baru dipanaskan atas api hingga pekat. Semasa dipanaskan jangan berhenti mengacaunya supaya adunan tidak bergentel.
3) Sejukkan sos seketika.
4) Untuk pisang, masukkan sedikit mentega dalam kuali non stick
5) Kemudian goreng pisang tadi dalam mentega yang telah dipanaskan
6) Balikkan pisang tadi bila masak dan lembut baru diangkat
7) Hidangkan dalam pinggan/mangkuk, tuangkan sos tadi dan taburkan dengan kismis

Tuesday, 24 July 2012

Mini Pavlova

Salam Ramadhan Al-Mubarak. Dessert untuk buka puasa harini aku buat mini pavlova.
Bahan-Bahan

4 biji putih telor
3/4 cawan gula castor
1/2 sk vanila
1 sk cuka masakan
1/2 sb tepung jagung

Bahan topping
1 cawan whipping cream(240ml)
1 1/2 sb gula icing
1/2 sk vanila
strawberry, kiwi, raspberry, anggur hitam

Cara-Cara

1) Pukul putih telor pada kelajuan perlahan sehingga terbentuk soft peak
2) Kemudian pada kelajuan tinggi, masukkan gula sudu demi sudu sambil terus putar adunan
3) Teruskan putar pada kelajuan tinggi sehingga adunan bertukar menjadi putih berkilat. Bila diangkat ia kan menjadi tanduk
4) Masukkan esen vanila kemudian pukul sampai sebati
5) Masukkan tepung jagung(sift) dan cuka.Gaulkan guna spatula
6) Buat garisan bulat atas kertas minyak dan piping menggunakan nozzle yang besar mengikut saiz bulatan yang dilukis
7) Bakar pada suhu 150c(panaskan oven 15 minit awal)
8) Selepas 15 minit, turunkan ke suhu 140c dan bakar selama 1 jam

Cara buat topping

1) Pukul whipping cream bersama gula icing dan vanila.
2) Pukul sehingga adunan menjadi pekat dan tidak jatuh bila diangkat
3) Letakkan topping atas meringue yang sudah siap dibakar tadi dan hiaskan dengan buah-buahan ikut citarasa anda

Saturday, 21 July 2012

Fruit Tart

Fruit tart ni paling simple sebab semuanya aku beli yang segera. So tak payah susah2 nak buat pastry dan fillingnya.

Bahan-Bahan

Pastry yang siap dijual
Filling perisa apple dan raspberry dalam tin
Strawberry
Kiwi
Raspberry
Anggur

Cara-Cara

1) Masukkan filling dalam tin kedalam setiap pastry
2) Hiaskan dengan buah-buahan kesukaan anda
3) Kalau nak nampak lagi cantik dan berkilat, boleh sapukan aprikot jem diatas buah2 tersebut

Puding caramel tanpa kukus dan tanpa telor

Puding dibuat sebab aku takde pengukus sebenarnya. Biasanya puding ni dikukus tapi macam malas nak beli pengukus sbb dah ada pun kat Malaysia. So bila godak2 resepi, aku dapatla dari satu blog ni. Bila cuba buat rasanya not bad, macam yg kita beli kat tesco atau giant tu. Sedap juga walaupun takde telor. Jom lihat resepinya...

Bahan-Bahan

Bahan untuk caramel
3/4 cawan gula pasir
3 sb air

Bahan A
1 bungkus agar2 serbuk pastikan warnanya clear (10g)(aku letak 2 bungkus sbb beli yg vegetable gel)
4 cawan air
1/2 cawan gula pasir

Bahan B
1 tin susu cair(lbh kurang 400g)
2 sb custard
1 sk vanilla
semuanya dicampur sebati dalam satu bekas

Cara-Cara

1) Untuk caramel: hanguskan gula dalam kuali. Bila semua hampir larut/ berwarna emas, tuang sedikit air perlahan2(masa ni kena hati2 sbb sgt mudah meruap)
2) Tuangkan dalam acuan atau bekas
3) Dalam periuk, didhkan bahan A. Kecilkan api kemudian masukkan bahan B
4) Kacau lebih kurang 3 minit atau sehingga adunan sedikit likat dan pekat. Matikan api
5) Tuangkan adunan tadi kedalam acua yang telah berisi caramel tadi
6) Sejukkan sebentar dan boleh dimasukkan ke dalam peti sejuk

Monday, 16 July 2012

Pulut Inti Kelapa

Salam semua. Actually ni gambar dah lama tapi baru upload sebab tak sempat nak upload. Sedikit busy minggu ni sebenarnya. Last weeken dok tolong kawan bersihkan backyard dia. Almaklumla kami sebenarnya nak buat BBQ sempena menyambut Ramadhan yg bakal tiba next week.

Pulut ni dibuat sebab still ada lebihan kelapa yang aku buat kuih ketayap hari tu. So daripada membazir, aku pun masakla pulut dan makan dengan inti kelapa gula merah ni. Cuma korang kena tambah garam sikit dalam kelapa tu, so rasanya baru balance, ada manis dan sedikit masin. Cubala buat memang sodapppp...

Friday, 6 July 2012

Tepung Pelita

Hi semua! Sebenarnya dari semalam terasa nak makan tepung pelita tapi tak terbuat. Almaklumla semalam berlatih puasa 18 jam. Alhamdulillah aku berjaya jugak tunggu sampai maghrib 9.22pm. Lagipun semalam merupakan nisfu syaaban. So hari ni aku masak jugak tepung pelita sebab nak hilangkan kempunan. Mari kita lihat resepi tepung pelita yang aku ambik dari blog seorang adik ni. Tak ingat apa namanya. Credit buat adik yang sungguh kreatif ni.

Bahan-Bahan

Bahan lapisan hijau
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
4 helai daun pandan blend dengan sedikit air
Sedikit pewarna hijau jika suka warna lebih terang
Secubit kapur bancuh denga 1 sudu teh air(aku tak letak pun sbb takde)
4 cawan air

Bahan lapisan santan
4 cawan santan
4 sb tepung beras
Sedikit garam

Cara-Cara

1) Campur sebati semua bahan2 lapisan hijau. Pastikan semuanya larut jangan ada berketul2
2) Masak atas dapur, sentiasa kacau hingga jadi licin dan berkilat
3) Tutup api bila sudah pekat. Boleh tuang dalam acuan
4) Bagi lapisan santan, campur sebati bahan2 dan masukkan sedikit garam
5) Masak atas dapur dan sentiasa kacau untuk elakkan ia meruap dan berketul
6) Kacau hingga pekat dan tutup api
7) Tuang atas lapisan hijau tadi
8) Masuk dalam peti sejuk