Thursday 28 June 2012

Chocolate Lava Cake


Bahan-Bahan

1 cwn dark chocolate dicincang
6 sb butter dicairkan
2 biji telor
2 sb gula castor
3 sb tepung gandum
1 sb serbuk koko
secubit garam

Cara-Cara

1) Panaskan oven pada 160c
2) Cairkan coklat dan butter menggunakan kaedah double boiler. Masukkan serbuk koko. Gaul sebati dan ketepikan
3) Pukul telor dan gula selama 3 minit. Campurkan adunan coklat tadi. Masukkan tepung dan garam. Gaul sebati
4) Tuangkan dalam ramekin yang telah digriskan. Boleh griskan ramekin dengan mentega dan gula halus
5) Maukkan ramekin dalam freezer selama 5 minit. Keluarkan dan masukkan dalam oven selama 11 minit. Adunan tak boleh bakar lebih dari 15 minit
6) Keluarkan dari oven dan biar selama 3 minit. Keluarkan dari ramekin dan hidangkan

Monday 25 June 2012

My collections

Bonjour! Saja nak share ngan korang semua antara collection aku kat London ni.
Ni ialah antara hobi baru aku iaitu collect teapot. Comelkan! Macam seronok sgt tgk collection teapot ni sebab ianya sometimes very details.
 Biasanya aku beli ni masa jalan2 kat tempat orang. Ada jugak beli kat carboot sini. Seronok sebab macam2 jenis dan bentuk
Aku suka jugak collect plate macam ni especially kalau ada gambar2 berunsur cottage and scenery. Kalau pegi jalan2 kat tpt orang, aku biasanya akan beli plate nama gambar tempat tu.
Ni juga merupakan benda yang wajib dibeli kalau pegi jalan2. Biasanya aku akan beli shot glass tempat tu dan juga beli kat hard rock cafe.
Fridge magnet of cozla benda wajib jugak. Yg tertampal kat pintu ni dah kena sort out betul2. Satu negara satu magnet sbb nanti klu x sort out akan jadi terlalu banyak dan tak muat nak letak kat fridge aku yg comel ni...
Ini pulak collection anak aku yang no.2 Yumna namanya. Her Barbie's collection


Assalamualaikum semua. Hari ni aku nak memenuhkan lagi blog ni dengan new collection of mine. Sila la menjamu mata ye....
Still lagi teapot kegemaranku. Yang ni takla menarik sangat tapi sedapla mata memandang.
Hahaha! Cute tak clown teapot ni? Mula2 macam taknak beli tapi pikir balik macam unik jugak teapot ni. So rembat je la...
Ingat malas nak kumpul yang jenis mcm ni tapi tgkkan colornya macam geram plak!
Ini yang paling aku suka. Ewer and basin ni made in Japan tapi jual kat John Lewis kat sini. Very nice with the butterfly on the ewer. Last week ada beli sebiji tapi telah dipecahkan oleh anakku. Huhuhu...



 

Fruit Cocktail Pudding

Salam bersiaran! Aku tak sempat nak update blog this week sbb sedikit busy menjadi pemandu pelancong bagi cousin dan kwn2nya yg dtg London ni. Seronok jugak bawak diaorang shopping, sightseeing dan macam2 lagi aktiviti. Hari ni aku nak share resepi cocktail pudding tapi version yang tak berkuah mcm yg selalu org buat tu. Aku belajar ni masa anak dara dulu dgn slh seorang cousin aku. Mari kita lihat resepinya...

Bahan-Bahan

1 paket agar-agar (37g)
5 mug air
1 cawan gula
1 tin susu cair
1 tin fruit cocktail dlm tin(tin besar)
2 biji telor
sedikit garam

Cara-Cara

1) Masakkan agar2 bersama air dan gula sehingga mendidih
2) Pecahkan telor dan kacau bersama susu cair
3) Masukkan kedalam agar2 dan masak sedikit lagi
4) Tuangkan air gula dari dlm tin fruit cocktail. Isi fruit cocktail jangan masukkan kedalam periuk
4) Tambahkan sedikit garam dan kacau sebati
5) Tutupkan api dan masukkan kedalam bekas. Campurkan sekali isi fruit cocktail tadi. Sejukkan didalam peti sejuk

Thursday 21 June 2012

Happy Birthday My Dear Hidni

Inila rupa choc moist cake sebelum dimekapkan
21.06.12. Hari ni genaplah usia anak sulungku sembilan tahun. Happy Birthday dear! Aku pun dengan bersemangatnya tadi buatla sebiji kek untuk dia. Memandangkan kek ni untuk budak, aku fikir chocolate cake sesuai kot!

Gambar princess tu aku order kat ebay je, tapi quality tak berapa cantikla. Dahla eja nama anak aku pun salah. Sepatutnya Hidni tapi jd Hidini. So nak tutup kecacatan tu, aku pun letakla candlenya kat atas huruf i tu.

Wednesday 20 June 2012

Kari kepala ikan salmon

Assalamualaikum semua. Hari ni aku nak share ngan korang semua pasal kari kepala ikan salmon ni. Kat sini, kepala ikan salmon memang murah giler sebab mat salleh manala pandai nak makan kepala ikan ni. Diaorang tak tahu betapa lazatnya rasa kari ni.Hihihi.Harga untuk 2 ketul kepala ikan salmon hanya 1 pound kat sini. Jadi aku pun buatla kari tapi tidak menggunakan santan cuma air. Jom kita tengok resepinya

Bahan-Bahan

2 ketul kepala ikan salmon dibelah dua
2 paket kecil rempah kari ikan(jadikan pes)
2 sb cili giling
2 sb gula merah
1 labu bawang besar dihiris nipis
6 ulas bawang merah(tumbuk)
2 ulas bawang putih(tumbuk)
1 cm halia(tumbuk)
1 kuntum bunga kantan(belah 4)
2 biji cili merah
sedikit daun kesum
sedikit tomato ceri
daun kari
kacang bendi
minyak
air asam jawa
garam dan perasa

Cara-Cara

1) Tumiskan bawang besar dan daun kari hingga layu. Masukkan bahan tumbuk.Tumis hingga garing
2) Masukkan cili giling, tumis lagi. Masukkan rempah kari ikan dan tumis sehingga pecah minyak
3) Maukkan air asam jawa. Kacau sebentar
4) Masukkan air ikut suka anda. Masuk garam dan perasa, reneh sehingga kuah kelihatan pekat
5) Masukkan kepala ikan, daun kesum dan bunga kantan
6) Masukkan kacan bendi, cili merah dan tomato. Kacau sekejap dan tutupkan api

Caravan at Sunnydale Holiday Park, Lincolnshire

Salam semua. Last week aku dan family bercaravan selama 4 hari 3 malam kat Lincolnshire. Memang rasa teruja bila sampai disana sebab this is our first time bercuti dalam caravan. Biasa kita tido kat hotel je kan. Tapi caravannya not bad, quite spacious for our small family.

Kat situ ada berpuluh caravan samada yang dah ada owner atau untuk disewakan. Macam2 aktiviti yang kita boleh buat kat tempat tu. Anak2 sempat swimming, join art class, ada magic show, karaoke, games dan macam2 lagila. Pendek kata bila korang bercuti kat situ, penuh dengan aktiviti.

Kami ada jugak jalan2 ke kawasan berdekatan. Kat situ ada pantai yang cantik dengan pelbagai amusement. Hari Ahad plak, pagi2 lagi kami keluar untuk mencari carboot sale berdekatan. Walaupun kecik tapi aku dapat jugakla membeli beberapa item yang rasanya sgt worth of money.

Belated birthday cake for my cousin

Aku rasa sangat excited bila cousin dari Malaysia bagitau yang dia akan datang London selama 9 hari. Kebetulan pulak hari yang dia sampai tu baru je beberapa hari selepas birthday dia. So aku pun buatla sebiji blueberry cheesecake khas untuknya. Kalau anda semua berminat dengan resepi kek ni, sila check under title blueberry cheesecake yang aku dah post sebelum ini.

Nasi Goreng Pattaya

Salam semua! Dah beberapa hari rasanya aku tak updatekan blog ni. Bukan apa, busy sikit sebab ada tetamu datang dari Malaysia. Seronok rasanya ada orang datang kat rumah kita. Actually yang datangnya ialah cousin aku dgn 2 orang kawannya. Diaorang akan stay kat rumah aku dalam 9 hari.

So hari yang tetamu aku sampai tu, macam malas nak masak beria lagi sebab diaorang sampai time dinner. Jadi aku pun masakla nasi goreng pattaya untuk family masa lunch tu. Malam baru aku masak banyak skit utk tetamu aku. Mari kita jengah resepi nasi goreng pattaya.

Bahan-Bahan

1 mangkuk nasi
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 genggam sayur campur
1 ketul dada ayam dihiris nipis
3 biji cili padi diketuk
1 kiub pati ayam
sedikit garam
4 biji telor

Cara-Cara

1) Tumis bawang besar, bawang putih dan cili padi
2) Masukkan dada ayam, kiub pati ayam, garam dan sayur campur
3) Gaul semua bahan kemudian masukkan nasi
4) Setelah siap nasi goreng, ketepukan
5) Pukul telor, campur secubit garam dan buat seperti telor dadar. Jangan terlalu tebal
6) Letakkan telor dadar atas pinggan dan letakkan nasi goreng kemudian balutkan nasi menjadi segiempat tapi lipatan tu tak penuh sepenuhnya
7) Pegang dengan cermat dan terbalikkan nasi berbalut telor tadi ke atas pinggan untuk dihidang. Tuangkan sos cili keatasnya

Tuesday 12 June 2012

My first trial of baking

Kali pertama nak cuba buat kek, aku tak berapa yakin dan ada sedikit rasa malas. Firstly aku rasa macam leceh. Pastu nak kena beli macam2 bahan utk buat kek ni kan. Tapi kan kawan2, percayala, mula2 memang rasa macam tu tapi bila anda dah berjaya, anda akan rasa sungguh seronok dan bangga especially bila family makan kek yang dimasak oleh mommynya sendiri.

Tapi biasala, sekali cuba kadang2 tak semestinya menjadi especially macam aku yang langsung tak pernah gunakan oven. Korang tau tak, masa beli rumah sendiri 3 tahun lepas, siap bagitahu dengan interior designer yang aku taknak ada space untuk letak oven sebab aku cakap ngan dia yang aku takkan baking. Semuanya belije. Haaaa amik ko! Lepas ni bila balik Msia, jenuhla nak kena beli oven.

Apapun aku nak nasihatkan pada kaum2 ibu yang terasa nak belajar buat kek, jangan putus asa. Insyaallah practice makes perfect. Aku ni pun banyak lagi yang nak kena improve dan keep learning. That's why blog ni dibuat sebab nak simpan semua resepi yang telah aku cuba. At least klu ada kelapangan dimasa hadapan, bolehla dijengah resepi2 yang bagi aku,dah menjadi masa cuba masak resepi tu.

Sayur Masak Lemak

Hi semua! Cuaca agak mendung di London hari ni. Opps! Bukan harini je tapi minggu ni mmg gloomy. Nak buat apa2 pun macam malas. This is the worst summer rasanya kat sini. Patutnya panas tapi still cloudy and rainy. Takpela, nak buat macam mana, tu semua kuasa Allah takkan kita nak lawan kan.
Hari ni aku rasa malas nak masak beria, so rasa nak makan sayur masak lemak. Lauk ni pekena ngan ikan kering dan budu memang sodap. Makan ngan nasi panas2. Tetiba teringat kat abah ngan mama :(. Resepi ni aku belajar ngan mama masa dulu2.

Bahan-Bahan

2 ekor ikan kembong(rebus)
4 ulas bawang merah
1 sb lada hitam
200ml santan
Timun
jagung muda
terung
kacang panjang
carrot
tauge
1 labu bawang besar(dibelah 4)
1 biji cili merah

Cara-Cara

1) Tumbuk lada hitam dan dikuti bawang merah
2) Tumbuk sekali ikan rebus yang dibuang tulang
3) Masukkan santan dalam periuk kemudian masukkan bahan tumbuk dan kacau
4) Apabila hampir mendidh masukkan sayur2,bawang besar dan cili merah
5) Masukkan sedikit garam. Padamkan api apabila dah mendidih

Sagu gula melaka

Salam sejahtera! Aku terpanggil nak buat sagu gula melaka sebab ternampak kawan post kat fb. Bila check resepi macam mudahje. So dengan rajinnya aku pun cubala buat. Memang senang kawan2 sekelian cuma yang letih skit masa nak basuh sagu untuk buang kanji yang banyak tu. Kalau tak basuh rasa macam melekit sangat dan maybe kalau makan tak berapa sedap. Alhamdulillah hasilnya tak mengecewakan. Cuma aku tak banyak acuan kat rumah. Tu pun habis guna ramekin, bekas kecil2 nak letak sagu tu. Kalau takde bekas kecik sebenarnya boleh letak dalam bekas besar tapi malas nak potong2 nnt. Jom kita jengah resepinya sebentar..

Bahan-Bahan

Bahan A(Sagu)
2 cwn sagu
4 cwn air
1 sk pewarna hijau
1 tin susu cair

Bahan B(Air gula)
1 1/2 keping gula melaka
1 cwn air
1 helai daun pandan

Cara-Cara

1) Didihkan air, masukkan sagu dan pewarna hijau. Kacau sehingga sagu masak
2) Basuh sagu dibawah aliran air paip untuk buang kanji
3) Masukkan dalam acuan dan sejukkan
4) Masak semua bahan B sehingga mendidih
5) Keluarkan sagu dan tuang susu cair
6) Tuangkan gula merah dan hidangkan

Monday 11 June 2012

Mee Hailam

Salam Isnin semua! Semalam actually was the last day of school holidays tapi school anak aku still cuti sebab ada staff training. So dikesempatan ini, aku pun bawakla budak2 ke Madame Tussauds London. Actually masa first time sampai London dulu, kami dah duduk kat sebelah Madame Tussauds tu je selama 3 minggu sementara cari rumah sewa kat area East London. Maklumla rumah sewa kalau kat central London mmg mahal giler. Tak termampu kot nak dok situ. Dok sibuk cari rumah sewa tu sampai kami tak sempat nak masuk Madame Tussauds. Hari ni baru sempat bawak diaorang.

Memandangkan dah jalan separuh hari, aku rasa macam malas nak masak nasi utk dinner. Lepas layan EURO tadi (England vs France), bukak peti sejuk nampak ada sebungkus lagi mee kuning. So rasa macam nak makan mee hailam. Maka jadilah mee hailam utk dinner kami malam ni. Kita layan dulu resepi mee hailam.

Bahan-Bahan

1 paket mee kuning
300g ayam
300g udang
3 ekor sotong saiz besar
1 paket fishball(tak letak sbb takde)
3-4 cawan air
2 sb cili boh
3 ulas bawang putih(tumbuk)
2 ulas bawang merah(tumbuk)
4 sb kicap manis
1 sb kicap cair
2 sb sos tiram
1 sk minyak bijan(tak letak)
1 sb sos cili
2 sb sos ikan
3 biji telor
sedikit sayur sawi
sedikit bunga kobis
1 batang carrot
3 biji baby tomato
sedikit tepung jagung bancuh dgn air
garam
daun sup dan cili merah

 Cara-Cara

1) Tumiskan bawang putih, merah dan cili boh hingga naik bau.
2) Masukkan ayam dan goreng sehingga empuk. Masukkan air.
3) Masukkan carrot dan bunga kobis. Kemudian masukkan kicap manis, kicap cair, sos cili, sos ikan, sos tiram, kicap manis, cair dan minyak bijan. Kacau semua bahan ini
4) Masukkan udang dan sotong diikuti sawi dan tomato
5) Masukkan telor satu demi satu
6) Masukkan tepung jagung dan perisakan dengan garam
7) Boleh dihias dengan bawang goreng, cili merah dan daun sup