Thursday 12 July 2012

Pau Goreng Inti Kelapa

Pau goreng ni dibuat sebab ada lebihan inti kelapa yang aku buat ketayap polkadot tu. So daripada membazir aku pun godak2 resepi pau goreng ni. Actually pau goreng ni sedap juga kalau kita guna inti kacang merah ke, sardin ke. Nanti nak buat jugakla kalau ada kelapangan. Resepi utk pau goreng kali ni...

Bahan-Bahan

500g tepung gandum
1 1/2 sk mauripan(instant yeast)
1/2 cwn gula pasir
1/4 cwn minyak masak
1 1/4 cwn air suam

Inti Kelapa
1/2 biji kelapa parut putih
1/4 cwn gula melaka yang dihancurkan
1/4 cwn gula merah
sedikit air
1 helai daun pandan
1 sb tepung jagung
sedikit garam

Cara-Cara

1) Satukan tepung, yis dan minyak. Tuangkan air serta gula sedikit sedikit sambil sebatikan adunan hingga menjadi doh
2) Uli tepung lembut dan bulat2kan hingga menjadi 15 bebola kecil. Letakkan dalam dulang yg telah ditaburi tepung sedikit
3) Biarkan 10 minit, kemudian bulat2kan doh dan leperkan. Isi inti kelapa, tutup dan bulatkan kembali. Tekankan sedikit menjadi sedikit leper
4) Letak atas dulang yg telah disapu sedikit minyak(spy x melekat)
5) Biarkan hingga naik/kembang dan boleh digoreng hingga bertukar menjadi warna kekuningan

4 comments:

  1. wah
    senang sangat membuatknya ye
    buh ikan bilis sedap jugak kot

    ReplyDelete
  2. Sedap.cubala letak ikan bilis or sardin

    ReplyDelete
  3. thanks for sharing this wonderful recipes in the blog kindly visit us @ Snacks Recipes in Hindi

    ReplyDelete
  4. *Assalamualaikum, jom sebarkan berita ni sberapa byk yg mgkin utk membantu org yg memerlukan, terima kasih smua..aaminn.*

    Sy En.Mohd Zuhairi bin Noordin , pengasas produk herba dr hutan. Sy mnjual herba warisan yg mampu mrawat smua jenis kanser dari tahap 1 ke tahap 4 dan utk pengidap resdung kronik. Herba warisan dr hutan belantara ini tak mganggu rwatan kimoterapi. Ia blh diambil smasa rwatan hospital, malah lg baik jika berubat bsama spya lg cpt sembuh. Daun² herba trpilih ini sudah trbukti brkesan kpd rmai pesakit kanser & ianya sukar dijumpai, malah belum ada mna² syarikat yg mngeluarkn herba ini. Ia herba khusus mrawat kanser & resdung yg kronik. Fokus herba ni ialah mbunuh sel kanser hingga ke akar umbi spya kanser tak berulang lg.Jgn biarkan pnyakit menghuni dlm tubuh hingga kronik. Ia akn merebak ke organ lain.Bila dh merebak ia mnyukarkan rawatan. Herba bkn bnda asing lg. Jgn was² lg, sejak beratus thn herba dh digunakn oleh nenek moyang kita. Benda natural tak mganggu rawatan moden. Bkn pesakit kanser pun blh minum utk mencegah kanser. Utk psakit kanser, sy akn bantu hingga sembuh,memberi saranan & motivasi bgaimna utk hadapi kanser. Sy dh jumpa rmai psakit, kita blh brkongsi pndapat utk rawat smpai sembuh. Rmai psakit sy dh sembuh,anda bila lg?
    Hubungi utk order & pertnyaan:
    *En. Mohd Zuhairi Bin Noordin - 017468 7570*

    ReplyDelete