Saturday 17 September 2016

Nasi Daging

Bahan-bahan
Daging potong halus
Halia potong kecil

2 Kulit kayu manis
2 Bunga lawang
3 biji cengkih
3 biji buah pelaga
Daun kari
Daun pandan disimpul
2 sudu besar minyak sapi
2 ulas bwg putih dimayang
1 biji bwg besar dimayang
1 biji tomato potong dadu
1 tin susu cair
2 kiub pati ayam
Gajus goreng
Kismis
Gula
Garam

Bahan acar rampai
Timun
Carrot
Bwg besar
Cili merah
Gula 
Garam
Cuka

Bahan air asam
Asam jawa
Tomato potong dadu
Bwg besar potong dadu
Sedikir belacan
2 biji cili pagi
Gula
Garam

Cara-cara
1) Rebus daging dan halia
2) Simpan air rebusan

3) Masukkan 2 sudu besar minyak sapi kedalam kuali
4) Tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan buah pelaga hingga naik bau
5) Masukkan bwg besar, bwg putih dan daun kari
6) Tumis hingga naik bau, tambah sedikit air rebusan daging sekiranya terlalu kering
7) Tambahkan kiub pati ayam,susu cair, tomato dadu
8) Masukkan air rebusan dan daging tadi
9) Masukkan daun pandan
10)Kacau hingga sebati. Tuangkan ke dalam periuk nasi yg berisi beras yg telah dibersihkan dan ditos
11)Masak macam biasa. Buka periuk nasi dan tambahkan gajus beserta kismis
Cara-cara membuat acar rampai
1) potong timun, carrot, cili merah secara memanjang
2) mayang bawang besar
3) masukkan sedikit cuka kedalam mangkuk. Campur gula dan garam
4) kacau sebati dan tuangkan kedalam bhn2 td


Cara-cara membuat air asam
1) blend cili api, belacan,tomato dan air asam jawa
2) tambah gula dan garam
3) masukkan tomato dan bwg besar yg dipotong dadu. Kacau sebati
Nasi daging sedia dihidang

Sunday 12 June 2016

Air Soda Melambai

Ramadhan mubarak buat semua muslimin dan muslimat. Hari ni kita nak kongsi cara-cara buat air soda melambai(nama letak sendiri). Sangat sedap. So bolehla cuba untuk buka puasa nanti

Bahan-bahan
1) Sebotol air ice cream soda f&n color biru
2) Satu tin laici
3) Sebatang serai dititik
4) Dua biji lemon dihiris nipis
5) Beberapa biji asam boi

Cara-cara
1) Campurkan kesemua bahan dlm bekas
2) Letakkan ais untuk sejuk
3) Kacau dan sedia diminum

Saturday 30 January 2016

Ketam Telor Masin

Alhamdulillah hari ini anak sulongku Hidni telah habis minggu orientasi selama sebulan. Kebetulan pula beliau dijemput utk menerima anugerah cemerlang PSRA 2015 di sek agama bt 13, Puchong. 

So sempena kakak dah nak blk hostel petang ni, mommy dgn bersemangatnya turun ke dapur utk masak something special for her!

Bahan-bahan
1) Ketam 5 ekor
2) Lada sulah
3) 3 ulas bawang putih diketuk
4) Sedikit minyak utk menggoreng
5) 4 biji telor masin direbus
6) 2 biji cili padi
7) Sedikit daun kari
8) Setengah cawan susu cair
8) Sedikit tepung jagung
8)  Sedikit butter
9) Sedikit gula

Cara-cara
1) Rebus telor masin, potong cili api & leraikan daun kari
2) Telor masin yg direbus dihancurkan sehingga sekata
3) Masukkan tepung jagung ke dalm bekas ketam yg telah dibasuh. Tabur sedikit lada sulah. Panaskan minyak.Gaulkan hingga rata dan goreng ketam hingga masak
4) Angkat ketam yg digoreng dan asingkan. Masukkan butter dan cairkan. Masukkan bawang putih yg diketuk,daun kari dan cili padi yg dipotong. Masak sehingga sebati
5) Masukkan susu cair, gula dan telor masin yg dihancurkan
6) Masukkan ketam yg digoreng tadi. Gaulkan dan masak sehingga kering