Wednesday, 11 July 2012

Kengsom Siakap

Salam Rabu buat semua! Hari ni aku masak kengsom siakap. Siapa pernah makan lauk ni? Actually kengsom ni ialah asam pedas Thai. Tak banyak beza sangat pun dengan asam pedas kita(Kelantan) sebab kalau asam pedas Johor harusla pekat dan merah colornya kan. Ni la rupa kengsom siakap aku....
Bahan-Bahan

Seekor ikan siakap
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
10 biji cili kering(aku guna 2 sb cili giling je)
1 inci kunyit hidup
3-4 keping asam gelugor
2 batang serai dihiris
Daun limau purut
Daun kesum
Bunga kantan
Garam
Gula
Perasa

Cara-Cara

1) Kisarkan bawang merah, bawang putih dan belacan
2) Campurkan bahan kisar bersama cili giling dan masukkan dalam periuk
3) Tambahkan air secukupnya dan masak hingga mendidih. Letakkan asam gelugor
4) Tambahkan gula, garam dan perasa
5) Masukkan daun kesum dan bunga kantan
6) Masukkan ikan siakap.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment