Friday 28 December 2012

Test Oven Baru

Alhamdulillah, akhirnya setelah 3 bulan balik Malaysia aku berjaya membeli oven.Malam ni kali pertama cuba oven baru. Mula2 rasa nak buat kek tapi macam tak menyempatla pulak. So tukar plan, masak apple crumble dan rosemary roasted chicken je.
Haaa...nila rupa ovenku yang tak seberapa.Jenama DeLonghi,made in US.Masa beli kat Harvey Norman One Utama hari tu dapat discount.Harga after discount dapat RM999.Ok tak?


Si Yumna sibuk suruh mommy masak apple crumble, so untuk tidak menghampakan dia, aku masakla untuk dia




Thursday 27 December 2012

Agar-Agar Ros

Sempena birthday party Humam dan Yumna, aku juga sempat sediakan agar-agar biasa yang dimasukkan dalam acuan bunga ros. Agar-agar ni memang simple tapi sedap dipandang mata.Hihihi...
Bahan-Bahan

Sepeket agar-agar 42g
5 mug air
1 cawan gula pasir
1 helai daun pandan
Pewarna merah dan hijau

Cara-Cara

1) Masakkan agar-agar bersama air
2) Masukkan gula pasir dan sehelai daun pandan yang disimpul
3) Apabila sudah larut, padamkan api
4) Asingkan sedikit agar-agar kedalam 3 bekas
5) Satu bekas biarkan warna asal, bekas kedua campurkan pewarna merah dan bekas ketiga warna hijau
6) Tuangkan warna merah kedalam acuan berbentuk bunga ros dan warna hijau ke dalam acuan daun
7) Sejukkan seketika di dalam peti ais, apabila keras sedikit keluarkan
8) Tuangkan lebihan warna asal keatas acuan bunga dan daun tadi.
9) Keluarkan agar-agar apabila semuanya keras

Topping Kek Chocolate

Memandangkan macam2 resepi untuk topping kek chocolate, aku akhirnya decided untuk gunakan resepi ini sebagai topping kek chocolate kukus yg aku masak masa birthday Yumna dan Humam.
Bahan-Bahan

1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu pekat manis
1/4 coklat masakan sepapan 300g (potong kecik)
3 sb tepung jagung(bancuh dengan sedikit air)
Sedikit susu cair atau air

Cara-Cara

1) Masakkan serbuk koko dan susu pekat manis di atas api yang kecil
2) Apabila sudah larut, tambahkan coklat masakan.Pastikan sentiasa kaca menggunakan whisk
3) Tambahkan tepung jagung dan sekiranya pekat, tambahkan sedikit susu cair atau pun air
4) Kacau sampai pekat. Jangan tinggalkan bancuhan di atas api, pastikan sentiasa kacau untuk elakkan hangit atau berketul
5) Padamkan api dan boleh dituang di atas kek sekiranya mahukan kek moist atau sejukkan seketika untuk dapatkan topping yang keras

Humam and Yumna Birthday Party

Assalamualaikum....
Dah lama rasanya tak mengupdate blogku ini.Agaknya dah bersawang dah. Actually bukan tak nak update tapi last time ada technical problem skit ngan laptop ni, so now dah ok.Bolehle aku berceloteh semula kat blog ni. Early of this month aku ada buat birthday party utk putera dan puteriku.Si kakaknya celebrate birthday yg ke-6 dan si adik birthday yg ke-2.


Jemput Durian

Apa khabar you all? Harap semuanya sihat. Hari ni aku balik awal sikit dari ofis, so bolehla bersilat di dapur sekejap sebelum anak2 pegi kelas tuition. Durian yang lebihan buat durian crepe still ada dalam fridge,aku pun terasa nak makan jemput durian. Maka terhasilla jemput2 durian ni...


Tuesday 20 November 2012

Durian Crepe

Salam sejahtera buat semua. Harap korang semua ceria sentiasa. Aku pulak harini rasanya sungguh penat. Kat ofis tadi pun bukan main busy, balik rumah agak lewat and terus sambung masak sampai ke malam. Tengah dok syok buat durian crepe, ada tetamu plak datang nak ambil barang yang di order. Orang semua sibuk citer pasal durian crepe, aku plak salah seorang peminat tegar durian terasa sungguh terliur nak makan. Akhirnya dengan bantuan adik yang dah pun berjaya buat benda alah ni, aku pun buatla eksperimen kat dapur kejap tadi. Inilah hasilnya....
              Yg ni plak cuba buat color hijau plak....
Bahan-Bahan

3 biji telor
2sb susu pekat manis
1 sb butter@minyak masak
Secubit garam
3 sb gandum
1sk vanilla
Sedikit pewarna kuning @ hijau
Sekotak kecil whipping cream
Beberapa ulas durian yang dibuang bijinya dan dihancurkan

Cara-Cara

1) Blendkan telor, susu pekat, butter dan vanilla
2) Tepung gandum diayak bersama garam
3) Masukkan tepung yang diayak sedikit demi sedikit dan diblend bersama bancuhan tadi
4) Sekiranya bancuhan agak pekat, tambahkan sedikit air
5) Tambahkan pewarna dan kacau sebati
6) Pukul whipping cream sehingga mendapat soft peak
7) Panaskan kuali non stick, tuangkan lebih kurang 3 sudu besar dan mengiringkan pan sehingga bancuhan 
     menjadi bulat
8) Angkat crepe tadi dan letakkan di atas pinggan
9) Letakkan satu sudu besar whipping cream kemudian dilapisi dengan satu sudu besar durian
10) Balut crepe menjadi bentuk segiempat
11) Simpan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan

Sekiranya ingin menambah bancuhan, boleh tambah  sebiji telor =1 sb gandum






Tuesday 13 November 2012

Kek Coklat Kukus

Memandangkan aku tak sempat lagi nak membeli oven kat rumah ni, so terfikirla pulak nak masak kek tapi menggunakan cara lain iaitu kukus. Sebenarnya bila kukus kek ni akan lebih moist berbanding bakar. So sesiapa yang nak cuba bolehla..
Ni la rupa kek yang baru diangkat dari pengukus. Cantikkan!

Resepi untuk kek ni sama dengan resepi chocmoist cake yang aku buat sebelum ni cuma bezanya yang ni aku kukus. Make sure korang tutup semua loyang tu dengan aluminium foil so air tak akan menitik kat atas kek tu nanti. Selamat mencuba




Nasi Arab Sempena Deepavali

This is my second attempt masak nasi arab. Kali pertama masak masa kat London haritu, now cuba lagi kat sini sempena meraikan tetamu yang hadir kat rumah malam ni. Alhamdulillah hasilnya tidak mengecewakan.
Bahan-Bahan

5 pot beras basmathi dibasuh dan toskan
1/2 kg tulang rusuk kambing dan daging
2 paket rempah kurma
1 paket rempah kerutuk
2 batang kulit kayu manis
3 biji bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 tin susu cair
1 tin kecil tomato puree
6 ulas bawang merah dimayang
3 ulas bawang putih dimayang
1 biji bawang besar dimayang
Kismis dan gajus
2 sb minyak sapi
2 sb minyak masak
Garam
Gula
Serbuk perasa

Cara-Cara

1) Tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga.
2) Masukkan semua jenis bawang dan tumis lagi hingga naik bau
3) Masukkan rempah kurma dan kerutuk yang dibancuh dengan sedikit air
4) Tumis sehingga sedikit garing, kemudian masukkan susu cair
5) Masukkan tomato puree dan diikuti dengan tulang rusuk dan daging
6) Masak sehingga empuk dan perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa
7) Masukkan beras yang ditoskan dan tambahkan air sehingga mengikut sukatan beras
8) Masak atas dapur elektrik. 
9) Apabila nasi hampir masak, taburkan kismis dan gajus kedalam periuk nasi
10) Bolehlah dihias dengan bawang goreng dan daun sup serta daun bawang sebelum dihidangkan

Nasi arab ni boleh juga dihidangkan bersama acar dan sambal lada




Puding Caramel Cocktail

Happy Deepavali buat semua penganut Hindu di Malaysia! Tidak lupa juga selamat bercuti bagi rakyat Malaysia especially yang sedang bergembira bersama anak2 sempena cuti sekolah. Hari ni aku menerima kunjungan dari sepupuku yang tinggal di Kelantan. Memandangkan esok mereka sekeluarga akan bercuti di London, so aku sempatla share dan bagi few tips sempena holiday mereka di sana.
           Since this is the first time mereka berkunjung ke teratak usang kami, aku pun masakla special sikit bagi meraikan tetamu. Malam ni aku masak Nasi Arab, Ayam Masak Merah, Acar dan Sambal. Bagi dessertnya pula aku buat puding caramel bercocktail dan kek coklat kukus. Almaklumla tak sempat lagi nak beli oven, so kita try plak alternatif lain selain bakar.
Bahan-Bahan

12 biji telor
500g susu pekat manis(1 tin)
3 sb kastard
250ml air(1 cawan)
8sb gula pasir
1 sk vanilla
1 tin cocktail

Cara-Cara

1) Panaskan pengukus
2) Blendkan telor bersama susu pekat manis dan vanila
3) Panaskan gula dalam bekas dan tambahkan air sedikit demi sedikit. Apabila gula bertukar menjadi warna keperangan, padamkan api dan sejukkan
4) Masukkan telor yang diblend tadi kedalam bekas gula yang dipanaskan tadi
5) Kukuskan selama 15-20 minit. Cucuk dengan lidi untuk memastikan caramel betul2 masak
6) Hiaskan dengan cocktail atau buah-buahan segar.Biarkan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan






Saturday 10 November 2012

Spaghetti Bolognaise With Mushroom

Hari ni aku masak spaghetti untuk dinner. Biasanya anak2 suka makan spaghetti bersama mushroom soup. So aku buatla sekali mushroom soup untuk diaorang. Actually bahan tak berapa cukup masa masak ni, tapi hentamje la janji sedap.
Bahan-Bahan

1 paket spaghetti
3 biji sosej dipotong kecil
1 tin cendawan butang dibelah 4
1 botol sos spaghetti jenama dolmio
2 ulas bawang putih ditumbuk
1 sb lada hitam kisar
sedikit sayur campur
2 biji bawang besar didadu
2 biji tomato didadu(xde stok)
Sedikit garam
Gula
Serbuk perasa

Cara-Cara

1) Rebus spaghetti di dalam periuk dan masukkan sedikit minyak dan garam
2) Toskan spaghetti apabila sudah masak

 Cara-Cara Membuat Sos

1) Tumis bawang putih beserta lada hitam kisar
2) Masukkan bawang besar dan tumis lagi
3) Masukkan sosej dan goreng sehingga lembut
4) Masukkan sayur campur
5) Masukkan sos spaghetti dan tambahkan sedikit air
6) Tambahkan perisa gula, garam dan serbuk perasa
7) Taburkan serbuk keju dan oregano di atas spaghetti 

Untuk mushroom soup mudah sahaja, hanya beli jenama campbell dan masukkan air mengikut sukatan tin. Masak sehingga mendidih



Bihun Goreng Udang

Salam semua. Sejak balik ke Malaysia, aku still tak sempat nak masak coz sibuk dok mengemas sana sini. So haritu aku masak simple je memandangkan hanya aku dan hubby je yang ada kat rumah ni.Anak2 still ada kat kampung sebab aku still tak dapat cari maid baru lagi. Godak2 dapur terjumpa plak bihun dalam drawer. So aku ingat masak bihun je untuk dinner coz senang dan cepat.
Bahan-Bahan

1/2 paket bihun
Sayur campur
Cili benggala
Sedikit udang dibuang kulit
Sebiji telor
2 ulas bawang putih ditumbuk
2 sb cili kisar
2 sb cili sos
2 sb sos tomato
1 sb sos tiram
1 sb cuka
Sedikit garam
Gula
Serbuk perasa

Cara-Cara

1) Rendam bihun dalam air panas.Bila dah lembut, toskan
2) Tumis bawang putih dan masukkan cili kisar sehingga naik bau
3) Masukkan udang. Kemudian masukkan cili sos, sos tomato, sos tiram
4) Masukkan sayur campur dan cili benggala
5) Masukkan cuka, gula, garam dan serbuk perasa
6) Untuk lebih sedap, masakkan telor dadar yang diletak sedikit garam. Hiaskan diatas bihun yang sudah masak beserta timun dan tomato


Malaysia oh tanah airku....

           Salam bersiaran untuk semua. Setelah berbulan2 menyepikan diri akhirnya aku berjaya gagahkan diri mengupdatekan blog yang sekian lama menyepi. Rasanya last update sebelum aku sibuk packing untuk shipping barang ke Malaysia.Alhamdulillah now everything dah settle. Aku sudah pun kembali bekerja setelah setahun honey moon. First week masuk ofis memang teramatla blur, sampaikan nak kena recall semua nama ubat yang aku dah tinggalkan. Nasib baik boleh refresh semula, kalau tak, jenuhla aku nak kena study balik.
            Proses mengemas haritu boleh tahan juga lamanya, aku kena unpack dan arrange semua barang2 yang sampai dari London sebanyak 60 kotak.Alhamdulillah berjaya juga mencari ruang. Kat bawah ni adalah sebahagian koleksi baru yang berjaya aku carikan tempat untuk diperagakan.Hihihi
Actually, set yang baru beli kat London yang atas sekali tu.Yang lain adalah set yang sedia ada kat rumah ni sebelum ni.
Sebahagian dari koleksi yang ada. Anak-beranak itik tu rasanya lagi sesuai kalau letak di bahagian dapur tapi memandangkan dah tak ada ruang sangat kat dapur tu, aku letak je la kat ruang makan.Rasanya ok je kot.