Friday 31 August 2012

Open House Raya di London

           Salam Aidilfitri buat semua. Kita masih di bulan Syawal yang mulia. Rasanya semua orang still lagi busy beropen house kan? Kat sini pun tak kurang hebatnya. Still open house sana sini sampai tak larat kami dibuatnya. Esok hari Sabtu pun ada lagi jemputan open house.
           Kat sini aku nak attach kan gambar masa open house kat rumah aku. Alhamdulillah berjaya juga aku menyiapakan beberapa juadah yang bagi aku tak seberapa sebenarnya. Maklumla masak sorang diri untuk hampir 60 orang tetamu. Maybe bagi orang lain biasa tapi bagi aku yang amateur ni amatla nervous. Kalau kat Malaysia time nak buat open house senang je,call catering dah settle.

Wednesday 22 August 2012

Hidangan Raya 2012

Selamat Hari Raya buat semua. Maaf zahir dan batin!

Rendang Daging Cili Api

Salam Lebaran buat semua. Pada mulanya ingat nak buat rendang ayam untuk raya tapi memandangkan ada stok daging lebihan buat sate, aku pun bantaila buat rendang dagingni.
Bahan-Bahan

1kg daging dipotong nipis
Segenggam cili api * (aku letak sikit je sebab anak2 x suka pedas)
2 batang serai *
1 biji bawang besar *
4 ulas bawang putih *
1 inci halia *
1 inci lengkuas *
Sedikit kunyit hidup *   (* semuanya dikisar halus)
1 batang serai diketuk
1 cawan santan atau secukupnya
Kerisik secukupnya
Gula melaka atau kalau nak color kuning guna gula pasir
Garam
Air asam jawa
3 helai daun limau purut
Sedikit daun kunyit di potong halus

Cara-Cara

1) Rebuskan daging bersama sedikit air sehingga kering
2) Masukkan bahan-bahan kisar dan serai. Gaulkan dan kemudian masukkan air secukupnya. Kacau lagi sehingga daging hampir empuk
3) Masukkan santan, garam, gula, daun kunyit dan daun limau purut. Kacau lagi
4) Akhir sekali, masukkan air asam jawa dan kerisik. Kacau lagi gunakan api perlahan
5) Masak hingga kuah kering atau ikut selera masing2

Sate Ayam dan Daging

Salam Lebaran. Hari ini aku nak share resepi home made sate dengan semua. First time buat alhamdulillah rasanya tak mengecewakan. Boleh cuba lagi untuk masa akan datang. Cuma aku bakar sate ni menggunakan oven, nak bakar macam biasa x boleh sebab rumah kat bahagian atas. Susah nanti kalau berasap. Lagipun aku takde dapur biasa. Kat rumah ni semuanya dapur elektrik. Tak best jugak sebab tak dapat pakai api direct. Anyway, guna oven pun not bad cuma tak boleh bakar lama2 takut sate tu nanti jadi keras. Sate ni nak kena manis baru sedap rasanya. So kenala pandai adjust rasa manis sebelum diperap.
Bahan-Bahan

3kg paha ayam(boneless)/daging batang pinang
3 biji bawang besar merah
5 batang serai diblend
1/2 cawan jintan manis diblend
1 sb jintan putih diblend
2-3 sb biji ketumbar diblend
1 inci lengkuas diblend
3-4 cawan gula
1 sb garam
1/2 cawan kunyit serbuk

Bahan renjis
1 sb minyak
1 sb air
1 sb mentega
Gaul dan celupkan serai titik sebelum dibakar satenya


Cara-Cara

1) Potong dadu ayam dan daging
2) Campurkan semua bahan kisar. Masukkan kunyit serbuk
3) Gaulkan bersama daging atau ayam. MAsukkan gula dan garam
4) Perap semalaman dalam peti sejuk
5) Cucuk sate meggunakan lidi sate dan bakar dalam oven pada suhu 180c lebih kurang 15-20 minit
6) Renjiskan sedikit sate semasa bakar dengan bahan renjis

Kuah Kacang

Salam Aidilfitri buat semua walau dimana anda berada. Semoga Syawal ini memberi seribu makna. Menu rayaku tahun ini cuma sate, nasi himpit, kuah kacang dan rendang daging cili api. For the first time ever, aku terpaksa memasak juadah hari raya sendiri. Rindu masakan mama sebenarnya.Huhuhu
Bahan-Bahan

500g kacang tanah-digoreng tanpa minyak, buang kulit dan diblend jangan terlalu hancur
4 biji bawang merah *
1 biji bawang besar *
4 ulas bawang putih *
2cm halia *
3 batang serai *
2cm belacan *
Sedikit udang kering *
Cili kering * (2-3 sudu besar)   (* Blendkan kesemuanya)
Garam
Gula
Air asam jawa

Cara-Cara

1) Tumis semua bahan kisar dengan minyak yang agak banyak(1 cawan)
2) Masukkan cili kisar, masak sehingga keluar minyak
3) Letakkan garam dan gula
4) Masukkan air asam jawa
5) Masukkan kacang tanah sedikit demi sedikit sambil dikacau rata
6) Kacau sehingga masak. Kalau pekat boleh ditambah sedikit air



Selamat Hari Raya Aidilfitri 1433H

Selamat Hari Raya buat semua. Alhamdulillah sambutan di kota London juga tidak kurang meriahnya. Kurangla sikit kesedihan beraya diperantauan. Diharap semuanya sihat dan dapat beraya bersama kaum keluarga dan sahabat handai.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR DAN BATIN!
 

Tuesday 14 August 2012

Pajeri Nenas Bombay

Wah! Sampai ke Bombay resepi ni. Takdela. Aku ambik resepi ni dari blog orang. So ikut jela nama yang dia letak. Apa2 pun, rasanya tak mengecewakan. Jom cuba resepi ini.
Bahan-Bahan

1 Nenas dalam tin
3/4 sk serbuk kunyit
2 biji bawang besar dihiris kasar
3 ulas bawang putih diketuk
1/2 inci halia dihiris halus
2 biji cili merah dihiris serong
2 sb cuka
1 sb gula pasir
1 batang kulit kayu manis *
1 kuntum bunga lawang *
3 biji buah pelaga *
4 kuntum bunga cengkih * ( * rempah tumis)

Cara-Cara

1) Buka tin nenas dan ketepikan
2) Panaskan minyak dalam kuali, tumis rempah tumis, bawang besar, bawang putih dan serbuk kunyit. Masak hingga bawang layu
3) Tambah cuka, gula dan sedikit garam. Gaul rata dan bila nampak pekat, masukkan nenas dan hirisan cili merah. Tuang sedikit air jika perlu. Masak sehingga nenas lembut sedikit

Daging Tomato Pandan

Daging ni dimasak untuk dimakan bersama nasi mentega kismis. Sila lihat resepinya di bawah ini
Bahan-Bahan

500g daging batang pinag-dihiris nipis, cuci dan toskan *
1 inci halia, tumbuk lumat *
3 ulas bawang putih, tumbuk lumat * (* disatukan dan perap 30 minit)
2 helai daun limau purut
1 helai daun pandan disimpul
1 batang serai dititik
1 cawan air
1/2 sb gula melaka
Garam secukup rasa

Bahan Kisar Halus
2 biji tomato merah
4 biji cili merah
2 biji buah keras
1 biji bawang besar
1/2 inci halia
3 ulas bawang putih
1/2 sb ketumbar biji
1/2 sk jintan halus
1/2 sk jintan kasar

Cara-Cara

1) Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus, serai, daun limau purut dan daun pandan hingga harum dan terbit minyak. Masukkan daging dan gaul rata. Biar daging kecut sedikit
2) Tuang air dan gaul. Biarkan mendidih. Kecilkan api dan masak hingga daging lembut dan kuah pekat
3) Masukkan gula melaka dan garam secukup rasa. Masak sekejap lagi. Kalau nak kering biarkan lagi sekejap

Nasi Mentega Kismis

Salam Ramdhan ke-26. Pejam celik2 dah dekat sebulan kita berpuasa. Namun kugagahkan diri juga untuk ke dapur demi family tercinta. Hihihi. Hari ni nak masak simple punya pasal, aku try godak resepi yang tak memerlukan lauk yang banyak. Cukup sekadar pajeri dan daging. Jom kita jengah resepi nasi mentega kismis ni. Rugi kalau sapa yang belum cuba.
Bahan-Bahan

4 cawan beras basmathi- cuci dan rendam 25 minit, toskan
5 cawan air
1 cawan sus cair
1 kiub pati ayam
2 sb mentega
Garam
1/3 cawan kismis

Bahan Tumis
1 biji bawang besar dipotong dadu
2 ulas bawang putih dihiris
1 batang serai dititik
1 helai daun pandan disimpul
1 inci halia dihiris nipis
1 batang kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga

Bahan hiasan
Hirisan daun bawang
Hirisan daun sup
Bawang goreng

Cara-Cara

1) Dalam kuali, cairkan mentega. Masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum. Masukkan beras dan kacau hingga mesra. Masak lebih kurang 2 minit. Masukkan kiub pati ayam. Gaul rata
2) Alih beras ke dalam rice cooker, tuang air dan susu cair. Kacau rata. Tambah garam sesedap rasa. Tanak nasi seperti biasa. Apabila kering, tabur kismis dan gaul rata.

Monday 13 August 2012

Salmon with white sauce -part 2

Salam semua. Cubaan kali kedua buat salmon ni sebab hubby request nak makan ni time berbuka. So aku attachkan gambar je lah coz resepinya dah di post sebelum ni. Kalau nak tengok resepi search under nama kat atas tu.

Soto

Hari ni berbuka dengan soto sebab kuah mee hoon soto semalam masih ada. So dari membazir, aku potong satu paket lagi nasi impit yang dimasak semalam dengan kuah sate. Resepi soto ni boleh dirujuk dibawah tajuk mee hoon soto.

Blackpepper Lamb Stew with Capsicum

Salam semuanya. Di harap semuanya sihat disamping keluarga tercinta. Actually aku nak masak blackpepper lamb ni guna daging je tapi bukak peti sejuk stok yang ada cuma tulang. So bantai je la. Tapi rasanya alhamdulillah sedap. Jom kita tengok resepi lamb stew ni.
Bahan-Bahan

Lamb-bahagian tulang
2 inci halia *
1 sb lada hitam biji *
3 ulas bawang putih * ( * ditumbuk)
3 sb kicap cair
 1 sb sos tiram
1/2 biji red capsicum-hiris kasar
1/2 biji green capsicum-hiris kasar
1/2 biji yellow capsicum-hiris kasar
2 biji bawang besar dihiris berbaji
1/2 cawan air
1/2 sb gula
Daun sup untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan

Cara-Cara

1) Tulang diperap bersama bahan tumbuk, kicap cair dan sos tiram selama 30 minit. Simpan dalam peti sejuk
2) Panaskan minyak dalam kuali, tuangkan tulang perap bersama jusnya. Kacau rata, kecilkan api, tuang air dan masak hingga tulang daging lembut
3) Masukkan capsicum dan bawang besar. Gaul rata dan tambahkan gula
4) Masak hingga capsicum sedikit layu. Rasa dan jika kurang masin, tambahkan sedikit lagi kicap cair. Biar pekat sedikit. Angkat dan tabur dengan hirisan daun bawang dan bawang goreng

Air Jagung Soda

Salam Ramadhan ke -24. Actually air ni buat untuk berbuka semalam tapi tak sempat nak update lg. So sapa yang belum cuba resepi air jagung ni boleh la try. But from my opinion, better tak payah letak ice cream soda sebab tak berapa kick la rasa dia. Maybe next time aku pun akan cuba buat tanpa soda.
Bahan-Bahan

1 tin krim jagung
1/2 tin susu cair
Gula secukup rasa
Ais
Sedikit ice cream soda
Secubit garam

Cara-Cara

1) Campurkan krim jagung dan susu cair ke dalam jug
2) Masukkan gula secukup rasa dan secubit garam
3) Campurkan sedikit ice cream soda dan ais

Cara-Cara

Sunday 12 August 2012

Mee Hoon Soto

Salam Ramadhan ke-24. Tinggal lagi beberapa hari saja lagi sebelum kita semua melangkah ke bulan Syawal. Semalam hari bebas memasak bagiku sebab ada jemputan berbuka kat rumah kawan di central London. Alhamdulillah dapat makan sedap semalam kerana kawan aku tu ada order nasi Arab dengan seekor lamb. Fuh! Memang beria betul makan semalam.
Hari ni kenala masuk dapur lagi. So menu hari ni ialah mee hoon soto tapi aku ada juga buat nasi impit dan kuah kacang, In case ada yang nak makan soto je.

Bahan-Bahan

1 kg rangka ayam + kaki2 ayam(saya guna dada dan paha ayam je)
2 batang serai dititik
1 inci lengkuas dititik
2 kiub pati ayam
1 pokok daun sup dihiris
1 camca besar bawang goreng
2 biji bawang besar *
1 inci halia *
4 ulas bawang putih *
4 biji buah keras *
1/2 inci kunyit hidup *
1 camca teh lada hitam biji * (* dikisar halus)
1 paket rempah soto(klu xde bo diganti dgn 2 sb rempah kurma + 2 sb rempah sup)
3 liter air
1 kulit kayu manis #
1 kuntum bunga lawang #
5 biji bunga cengkih #
3 biji buah pelaga # (# rempah tumis)
Garam secukupnya

Bahan-Bahan lain

Mee hoon dicelor dan toskan
Begedil
Sambal kicap
Bawang goreng
Tauge dibuang ekor dan celor sekejap, toskan
Hirisan daun sup
Hirisan daun bawang
Soo hoon goreng
Tauhu goreng
Kacang tanah goreng
Daging ayam yang disiat2 halus

Cara-Cara

Untuk Kuah Soto

1) Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis rempah tumis hingga harum
2) Masukkan bahan kisar dan rempah soto. Kacau rata. Tumis hingga masak. Kalau perlu tambah sedikit air
3) Masukkan rangka ayam dan kaki ayam, gaul rata dan tuang air
4) Masukkan daun sup, bawang goreng, lengkuas titik dan serai
5) Tambah kiub pati ayam dan sedikit garam. Kacau rata dan masak sehingga mendidih

Begedil kentang

4 biji kentang
Minyak
1 biji telor
Hirisan daun bawang dan daun sup
Garam

Bahan tumbuk

1 ulas bawang besar
2 ulas bawang merah
1 sudu besar ketumbar

Cara-Cara

1) Kentang dibuang kulit, bersihkan dan potong dadu. Goreng hingga masak
2) Setelah diangkat, lenyek semasa masih panas
3) Setelah itu, campurkan bahan2 ditumbuk tadi dan hirisan daun sup dan daun bawang kedalamnya. Gaul sebati. Masukkan sedikit garam. Gaul rata
4) Bulat-bulatkan dan leperkan sedikit kentang tadi mengikut saiz yang disukai
5) Pecahkan telor dalam mangkuk kecil dan pukul sebentar. Tapiskan telor agar buih2 telor tidak terikut bila dicelup begedil
6) Masukkan begedil yang sudah dikepal kedalamnya. Goreng begedil satu persatu
7) Goreng hingga keperangan dan angkat. Toskan minyak