Wednesday 6 June 2012

Nasi Briyani Ayam Resepi Mama

Semasa nak masak nasi briyani ni jenuhla aku menelepon mama di kampung. Nasib baik dapat buat panggilan murah dari UK ke Malaysia, kalau tak habis bil melambung. Mujur jugak ada skype so senangla skit nak tanya lebih2. Sebenarnya kat sini pun ada jual jugak rembap briyani jenama Shan tapi rasanya masam sikit sbb ditambah yogurt dan juga ada rasa pedas skit. Tapi aku lagi prefer resepi mama ni sebab tak terlalu pedas dan masam. Jom tengok resepi yang mama aku bagi.

Bahan-Bahan

5 pot beras basmathi-air nanti kurangkan sukatan sebab biasanya nnt nasi akan lembik(toskan)
5 batang kulit kayu manis
10 biji buah pelaga
sejemput bunga cengkih
5 biji bunga lawang
1 tin susu cair
1 cawan tomato puree
2 ekor ayam
2 bingkus rempah kurma yg kecil
1 bungkus rempah kari ayam yg kecil
2 biji bawang besar(mayang)
15 biji bawang merah(mayang)
1/2 labu bawang putih(mayang)
Minyak sapi untuk menumis
2 biji tomato belah 6
1 bji cili merah besar
Gula, garam,ajinomoto

Cara-Cara

1) Tumis semua bawang dan rempah ratus
2) Bancuhkan rempah kurma dan kari guna air
3) Tambahkan susu cair, kemudian tomato puree
4) Tambahkan air sedikit.
5) Masukkan gula, garam dan ajinomoto
6) Tambahkan ayam air mengikut sukatan air pot nasi dan tutup periuk.
7) Ambil air mengikut pot nasi da masukkan dalam periuk elektrik
8) Bila nasi sudah masak, masukkan ayam dan campurkan kismis dan gajus.
9) Tambah tomato dan cili merah
10) Boleh dihias dengan bawang goreng, daun sup dan daun bawang

Nasi briyani sedap dimakan bersama acar mentah dan udang masak merah.

No comments:

Post a Comment