Tuesday, 14 August 2012

Nasi Mentega Kismis

Salam Ramdhan ke-26. Pejam celik2 dah dekat sebulan kita berpuasa. Namun kugagahkan diri juga untuk ke dapur demi family tercinta. Hihihi. Hari ni nak masak simple punya pasal, aku try godak resepi yang tak memerlukan lauk yang banyak. Cukup sekadar pajeri dan daging. Jom kita jengah resepi nasi mentega kismis ni. Rugi kalau sapa yang belum cuba.
Bahan-Bahan

4 cawan beras basmathi- cuci dan rendam 25 minit, toskan
5 cawan air
1 cawan sus cair
1 kiub pati ayam
2 sb mentega
Garam
1/3 cawan kismis

Bahan Tumis
1 biji bawang besar dipotong dadu
2 ulas bawang putih dihiris
1 batang serai dititik
1 helai daun pandan disimpul
1 inci halia dihiris nipis
1 batang kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga

Bahan hiasan
Hirisan daun bawang
Hirisan daun sup
Bawang goreng

Cara-Cara

1) Dalam kuali, cairkan mentega. Masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum. Masukkan beras dan kacau hingga mesra. Masak lebih kurang 2 minit. Masukkan kiub pati ayam. Gaul rata
2) Alih beras ke dalam rice cooker, tuang air dan susu cair. Kacau rata. Tambah garam sesedap rasa. Tanak nasi seperti biasa. Apabila kering, tabur kismis dan gaul rata.

1 comment:

  1. thanks for sharing this post recipes is very tasty kindly visit us @ Indian Recipes in Hindi

    ReplyDelete