2 roti hotdog
2 biji telor
Marjerin
sedikit daging cincang-masak tanpa minyak dan tabur lada sulah
nugget ayam yang dicincang halus(goreng terlebih dahulu)
1 biji bawang besar dipotong dadu
sedikit kobis dihiris halus
1/2 sb serbuk kari daging
1/2 cawan mix vege
garam
lada sulah
sedikit minyak masak
(untuk sos: sos lada hitam, sos cili dan mayonis)
Cara-Cara
1) Pukul telor, kemudian masukkan daging cincang, hirisan nugget, bawang besar, kobis, serbuk kari, garam, lada sulah dan mix vege. Kacau sebati
2) Roti hotdog dibelah dua(jangan sampai putus) dan sapukan marjerin. Ketepikan.
3) Panaskan 1 sb minyak dalam fry pan. Selepas itu curahkan satu senduk campuran telor dan biarkan sebentar. Kemudian tekapkan roti hotdog di atas adunan telor. Biarkan garing
4) Setelah masak, alihkan roti tadi dan tekan sedikit. Angkat dan letak atas pinggan
5) Letakkan timun, tomato dan bolehla di letakkan sos lada hitam, sos cili dan mayonis
No comments:
Post a Comment