Thursday, 9 August 2012

Siakap Sweet Sour

Salam Ramadhan ke-20. Hari ni aku masak siakap sweet sour. Biasanya buat 3 rasa tapi macam dah boring asyik sama je. Actually yg ni lagi simple berbanding 3 rasa. Kurang skit ingredientsnya.
Bahan-Bahan

2 ekor ikan siakap
2 sb cili kisar
3 biji bawang merah ditumbuk
2 ulas bawang putih ditumbuk
2 sb sos cili manis thai
1 sb sos tomato
1 sk gula
Carrot, bunga kobis
Tomato
2 sk jus lemon
1 biji bawang besar dihiris

Cara-Cara

1) Gaul ikan dengan garam dan serbuk kunyit
2) Salut dengan tepung jagung. Goreng hingga masak dan garing. Ketepikan
3) Tumis cili kisar serta bawang putih dan bawang merah yang ditumbuk sehingga naik bau. Masukkan jus lemon, sos cili thai dan sos tomato
4) Jika kuah terlalu pekat, tambah sedikit air.Masukkan garam dan gula
5) Akhir sekali masukkan sayuran dan curahkan ke atas ikan yang telah digoreng tadi

No comments:

Post a Comment