Tuesday, 7 August 2012

Tempe Goreng Sambal

Tempe ni aku beli kat Manchester masa pegi Bazar Ramadhan kat sana last week. Tempe ni dibuat oleh kakak dari Liverpool. Mengidam punya pasal, aku borongla tempe ni bawak balik ke London.
Bahan-Bahan

1/2 bungkus tempe(potong nipis) *
1/2 cawan ikan bilis *
1/2 cawan kacang tanah  *
5 tangkai cili kering(potong dan rendam dalam air panas sehingga lembut) **
3 ulas bawang putih **
4 ulas bawang merah **
Sedikit belacan(bakar seketika) **
1 sb gula
Garam secukupnya

Cara-Cara

1) Kesemua bahan bertanda * digoreng sehingga garing(goreng berasingan setiap satu). Ketepikan
2) Tumis bahan bertanda ** (diblend terlebih dahulu) sehingga cili masak. Masukkan gula dan perasakan dengan sedikit garam
3) Masukkan (1) ke dalam (2). Kacau sebati sehingga kering


No comments:

Post a Comment