Saturday, 30 January 2016

Ketam Telor Masin

Alhamdulillah hari ini anak sulongku Hidni telah habis minggu orientasi selama sebulan. Kebetulan pula beliau dijemput utk menerima anugerah cemerlang PSRA 2015 di sek agama bt 13, Puchong. 

So sempena kakak dah nak blk hostel petang ni, mommy dgn bersemangatnya turun ke dapur utk masak something special for her!

Bahan-bahan
1) Ketam 5 ekor
2) Lada sulah
3) 3 ulas bawang putih diketuk
4) Sedikit minyak utk menggoreng
5) 4 biji telor masin direbus
6) 2 biji cili padi
7) Sedikit daun kari
8) Setengah cawan susu cair
8) Sedikit tepung jagung
8)  Sedikit butter
9) Sedikit gula

Cara-cara
1) Rebus telor masin, potong cili api & leraikan daun kari
2) Telor masin yg direbus dihancurkan sehingga sekata
3) Masukkan tepung jagung ke dalm bekas ketam yg telah dibasuh. Tabur sedikit lada sulah. Panaskan minyak.Gaulkan hingga rata dan goreng ketam hingga masak
4) Angkat ketam yg digoreng dan asingkan. Masukkan butter dan cairkan. Masukkan bawang putih yg diketuk,daun kari dan cili padi yg dipotong. Masak sehingga sebati
5) Masukkan susu cair, gula dan telor masin yg dihancurkan
6) Masukkan ketam yg digoreng tadi. Gaulkan dan masak sehingga kering

19 comments: