Saturday, 12 January 2013

Fruit cake with vanilla ice cream

                Terasa nak makan ice cream panas2 ni. So lebihan kek buah yang dimasak tu, aku campurkan dengan ice cream




Bahan-Bahan

Kek buah yang dipotong kecil
Ice cream vanilla
Whipping cream
Ceri untuk hiasan
Hersheys strawberry syrup

Cara-Cara

1) Letakkan kek buah yang dipotong kecil dalam bekas
2) Letakkan ice cream dan whipping cream
3) Letakkan sedikit hersheys syrup dan hiaskan dengan ceri atau almond flakes

Cheese and Pineapple Sandwich

                   Pagi ni terasa nak makan sandwich untuk breakfast. Aku cuba buat sandwich yang simple tapi sedap rasanya. Cuma ada juga orang yang tak berapa suka rasa masam manis nenas.



 Bahan-Bahan

Roti Gardenia
Cheese
Nenas dalam tin
Marjerin

Cara-Cara

1) Sapukan marjerin pada roti
2) Lapiskan sekeping cheese
3) Letakkan nenas dalam tin yang dipotong kecil
4) Lapiskan sekeping lagi cheese dan letakkan sekeping roti diatasnya
5) Potongkan kepada bentuk segi tiga


Kek Buah Bakar

         Salam pagi Ahad semua.Semoga anda semua ceria sentiasa. Setelah sekian lama dok tangguh projek baking aku, akhirnya hari ni berjaya ke dapur untuk baking kek buah. Itupun sebab si hubby sibuk bergolfing so aku pun turunla dapur untuk berbaking. Resepi kali ni aku ambik dari Chef Hanieliza.
                                                      Ni la rupa kek sebelum masuk oven
                                                                   Taraa... dah masak
                                                  Ni la rupa setelah di make-up kan


                                                         Jemput makan semua.....

Bahan-Bahan

Bahan A
150ml minyak(1/3 cawan + 1/4 cawan)
3 biji telor
3 sb susu cair
1 sk madu
1 sb jus oren

Bahan B
1 1/2 cawan gandum *(ayak)
2 sk baking powder *(ayak)
1 cawan brown sugar
2 cawan mix fruit
50g almond flakes
1sk parutan kulit oren

Cara-Cara

1) Campur bahan A dalam bekas dan kacau rata menggunakan senduk. Ketepikan
2) Gaul bahan ayak dengan gula perang
3) Masukkan mix fruit, badam dan parutan oren
4) Perlahan-lahan tuangkan bahan A kedalam bahan ayak tadi
5) Kacau rata dengan senduk sehingga sebati
6) Ratakan dalam loyang yang dilapik kertas minyak dan lenserkan bahagian tepi dengan sedikit marjerin   
    atau butter
7) Aturkan ceri dan badam untuk hiasan
8) Bakar pada suhu 150c selama 40 minit




Friday, 28 December 2012

Test Oven Baru

Alhamdulillah, akhirnya setelah 3 bulan balik Malaysia aku berjaya membeli oven.Malam ni kali pertama cuba oven baru. Mula2 rasa nak buat kek tapi macam tak menyempatla pulak. So tukar plan, masak apple crumble dan rosemary roasted chicken je.
Haaa...nila rupa ovenku yang tak seberapa.Jenama DeLonghi,made in US.Masa beli kat Harvey Norman One Utama hari tu dapat discount.Harga after discount dapat RM999.Ok tak?


Si Yumna sibuk suruh mommy masak apple crumble, so untuk tidak menghampakan dia, aku masakla untuk dia




Thursday, 27 December 2012

Agar-Agar Ros

Sempena birthday party Humam dan Yumna, aku juga sempat sediakan agar-agar biasa yang dimasukkan dalam acuan bunga ros. Agar-agar ni memang simple tapi sedap dipandang mata.Hihihi...
Bahan-Bahan

Sepeket agar-agar 42g
5 mug air
1 cawan gula pasir
1 helai daun pandan
Pewarna merah dan hijau

Cara-Cara

1) Masakkan agar-agar bersama air
2) Masukkan gula pasir dan sehelai daun pandan yang disimpul
3) Apabila sudah larut, padamkan api
4) Asingkan sedikit agar-agar kedalam 3 bekas
5) Satu bekas biarkan warna asal, bekas kedua campurkan pewarna merah dan bekas ketiga warna hijau
6) Tuangkan warna merah kedalam acuan berbentuk bunga ros dan warna hijau ke dalam acuan daun
7) Sejukkan seketika di dalam peti ais, apabila keras sedikit keluarkan
8) Tuangkan lebihan warna asal keatas acuan bunga dan daun tadi.
9) Keluarkan agar-agar apabila semuanya keras

Topping Kek Chocolate

Memandangkan macam2 resepi untuk topping kek chocolate, aku akhirnya decided untuk gunakan resepi ini sebagai topping kek chocolate kukus yg aku masak masa birthday Yumna dan Humam.
Bahan-Bahan

1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu pekat manis
1/4 coklat masakan sepapan 300g (potong kecik)
3 sb tepung jagung(bancuh dengan sedikit air)
Sedikit susu cair atau air

Cara-Cara

1) Masakkan serbuk koko dan susu pekat manis di atas api yang kecil
2) Apabila sudah larut, tambahkan coklat masakan.Pastikan sentiasa kaca menggunakan whisk
3) Tambahkan tepung jagung dan sekiranya pekat, tambahkan sedikit susu cair atau pun air
4) Kacau sampai pekat. Jangan tinggalkan bancuhan di atas api, pastikan sentiasa kacau untuk elakkan hangit atau berketul
5) Padamkan api dan boleh dituang di atas kek sekiranya mahukan kek moist atau sejukkan seketika untuk dapatkan topping yang keras

Humam and Yumna Birthday Party

Assalamualaikum....
Dah lama rasanya tak mengupdate blogku ini.Agaknya dah bersawang dah. Actually bukan tak nak update tapi last time ada technical problem skit ngan laptop ni, so now dah ok.Bolehle aku berceloteh semula kat blog ni. Early of this month aku ada buat birthday party utk putera dan puteriku.Si kakaknya celebrate birthday yg ke-6 dan si adik birthday yg ke-2.