Monday, 11 May 2015

Mango Sticky Rice

Selamat bersiaran buat semua. Dah lama akak x meng'update' resepi2 terkini. Bukannya apa, niat sentiasa ada tp masa yg xde. Akak teramatla busy sejak kembali bertugas. huhu
Alhamdulillah hubby ada bawa balik mangga harum manis dari Perlis. Tetiba terasa nak mkn pulut mangga edisi thai. Biasanya klu kat restoren, kami order mesti licin disapu oleh anak2.So kali ni kita buat sendiri dan dpt mkn sepuas2nya.
Biasanya harum manis ni mmg hanya available di Perlis je


Bahan-Bahan
Beras pulut 2 pot
Santan kotak kecil 2 kotak
Gula 3/4 cawan
Garam 1 sudu teh
3-4 helai daun pandan

Bahan-Bahan santan pekat
Santan paket kecil 1 1/2 kotak
Tepung jagung 1 sudu besar
Gula 3 sudu besar
Garam 1/2 sudu teh

Mangga 3 biji
Mung bean 1 sudu besar

Cara-cara
1) Masakkan beras pulut sehingga masak
2) Masukkan santan, gula, garam dan daun pandan. Kacau sehingga sebati sambil masak di atas api. Jangan spi mendidih. Padamkan api
3) Masukkan pulut yg telah masak ke dalam periuk bertutup dan tuangkan santan yg telah dimasak tadi. Kacau sehingga rata. Tutup dan biarkan selama 15-20 min
4) Masukkan santan, gula, garam & tepung jagung dlm satu bekas dan kacau sebati
5) Panaskan dlm microwave
6) Gorengkan mung bean sehingga kekuningan
7) Potongkan mangga
8) Pulut, mangga dan tuangkan santan pekat ke atas pulut beserta dgn mung bean

3 comments: