Saturday, 18 February 2017

Kuey teow kerang

Bahan-bahan
1) 1 paket kuey teow
2) 1 sudu besar cili giling
3) Sedikit isi kerang
4) Sedikit isi udang 
5) Daun kucai
6) 2 ulas bawang putih
7) Taugeh
8) 1 biji 
9) Sos cili
10) Sos tomato
11) Sos tiram
12) Kicap
13) Sedikit gula & garam

Cara-cara
1) Tumbuk bawang putih, tumiskan bersama sedikit minyak. Masukkan cili giling
2) Masukkan kerang dan udang
3) Masukkan 2 sudu besar sos cili, 2 sudu besar sos tomato & 1 sudu besar sos tiram bersama sedikit kicap
4) Biarkan seketika, perasakan dgn sedikit gula dan garam
5) Tambah sedikit air, masukkan telor
6) Masukkan kuey teow.Gaul sebati
7) Masukkan daun kucai dan tauge. Jangan lama nnt sayur layu.
8) Sedia untuk dihidang bersama cili jeruk atau cili kicap


No comments:

Post a Comment