Thursday, 26 January 2017

Mee sup



Bahan-bahan
1) Mee kuning
2) Sayur. Anything boleh. Saya guna park choy, bunga kobis, tauge, kobis. Boleh tambah carrot. Tomato dan cili merah
3) 2 biji telor
4) 3 ulas bawang putih ditumbuk
5) Sedikit serbuk lada hitam
6) Ayam dipotong kecil & fishball
7) 2 kiub pati ayam
8) Sedikit garam
Untuk sambal cili
1) Beberapa biji cili padi potong kecil
2) Kicap manis
3) Sedikit asam limau
4) Sedikit cuka
5) 2 ulas bawang putih dicincang

Cara-Cara
1) Tumiskan bawang putih sehingga naik bau
2) Masukkan ayam dan masak hingga empuk
3) Tambah sedikit serbuk lada hitam
4) Tambahkan kiub pati ayam
5) Tambahkan air
6) Tambahkan fish ball
7) Bila sup sudah hampir menggelegak, pecahkan telor dan biar seketika
8) Tambahkan sedikit garam sekiranya perlu
9) Tambahkan sayur, tomato dan lada merah

Untuk kicap cili
1) Campurkan kesemua bahan tadi iaiti cili api yg dipotong, bawang putih, sedikit garam, kicap dan cuka

Mee kuning dicelur seketika dan ditoskan. Mee sup sedia untuk dihidang. Boleh tabur bawang goreng dan daun sup & daun bawang sebelum dihidang


No comments:

Post a Comment