Thursday, 7 June 2012

Nasi lemak buah bidara

Kalau nak tahu aku masak nasi lemak ni selepas 9 tahun rasanya. First time masak masa dok kat Putrajaya tahun 2003. Tu pun belajar dari staff kat retail pharmacy dulu. sekarang ni nak kena refresh balik macam mana cara nak masak nasi lemak. Hasilnya inilah resepi nasi lemakku...

Bahan-Bahan

Bahan untuk nasi
2 ulas bawang merah dimayang
1 batang serai diketuk
2 helai daun pandan
1 inci halia dihiris
1 paket santan serbuk
sedikit garam
Air ikut sukatan beras

Cara-Cara

1) Masukkan bawang, serai dan halia bersama air dan didihkan
2) Masukkan santan serbuk dan sedikit garam
3) Bila dah mendidih, tuangkan kedalam beras yang sudah dibasuh dan ditoskan
4) Masukkan daun pandan yang disimpul
5) Masak nasi seperti biasa

Bahan sambal nasi lemak
Ikan bilis
2 sb cili boh(kalau suka pedas boleh tambah lg)
6 biji bawang merah ditumbuk
2 ulas bawang putih ditumbuk
1 labu bawang putih dimayang
sedikit air asam jawa
2 sb gula
2 sb gula perang
garam

Cara-Cara

1) Gorengkan bawang besar yang dimayang sehingga sedikit layu. Asingkan
2) Gorengkan ikan bilis sehingga garing dan asingkan
3) Tumis bawang merah dan bawang putih
4) Masukkan cili boh. Kemudian masukkan air asam jawa
5) Masukkan gula dan gula perang
6) Tambahkan perisa dengan garam dan serbuk perasa
7) Masukkan sedikit ikan bilis yang belum digoreng
8) Masukkan bawang besar yang telah digoreng terlebih dahulu tadi

Nasi lemak sedap dimakan bersama telor rebus, timun dan ayam goreng

Mee kari

Ada satu hari aku dijemput kerumah kawan. Dia jamu aku dengan mee kari. Aku borak dengan maidnya yang masak mee kari tu. Bila maid tu punya bersemangat bagitahu senangje buat mee kari, aku pun terus teringin nak masak mee kari. Mari kita lihat resepi mee kari

Bahan-Bahan
1 kg mee kuning(celur dan toskan)
Tauge
Bawang goreng

Bahan Hiris/potong kecil
Tauhu (gorengkan) tak letak sbb takde stok
Daun bawang & daun sup
Cili merah
Limau kasturi/limau nipis 

Telor direbus
Tomato

Bahan Kuah:
1/2 kg ayam...potong kecil
200 gm udang
1 paket chicken ball
1 paket fish cake (potong nipis)
2 s/b cili mesin
3 s/b rempah kari dibancuh dgn skit air asam jawa

200ml santan
minyak
garam

Bahan mesin
2 batang serai
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih

Cara Memasak Kuah: 


1. Tumiskan bahan yang dimesin sehingga wangi dan garing. Masukkan rempah kari. Biarkan naik minyak.
2. Masukkan ayam, fish cake dan chicken ball dan santan..renehkan sehingga naik minyak.
3. Hidangkan bersama mee yang telah dicelur dan bahan yang dihiris tadi.


Sambal belacan

Sambal belacan ada pelbagai versi. Aku punya ni versi mama aku. Aku ni sebenarnya tak makan pedas tapi hubby suka pedas. So sambal aku ni sebenarnya tak pedas sangat sebab mama aku pun tak makan pedas. Nak cuba resepi sambal belacan versi mama aku, silakan.

Bahan-Bahan

Sedikit belacan
5 biji cili padi merah
5 biji cili besar merah
1 ulas bawang putih
1 biji tomato(dadu)
1 sb sos tomato
perahan limau nipis
1 sb gula
1/2 sk garam
serbuk perasa

Cara-Cara

1) Kisarkan lada, bawang putih, tomato bersama gula, garam dan air perahan limau nipis
2) Tambahkan sos tomato dan gaul rata

Gulai Ikan Kering Nenas

Gulai ni aku masak masa majlis kat rumah kawan. Aku tak tahu nak bawa potluck apa, tengok dalam peti ais banyak lagi stok ikan kering. So buat je la. Sedap juga sekali sekala makan gulai ikan kering ngan sambal belacan.

Bahan-Bahan

Ikan kering
2 inci kunyit hidup
10 biji cili kering(aku guna cili boh je dalam 2 sb)
2 inci lengkuas
4 ulas bawnag merah
200ml santan
garam
Timun
Kacang panjang
Terung
Nenas(aku guna nenas dlm tin)
Cili merah
1 biji tomato belah 6

Cara-Cara

1) Kisarkan kunyit, bawaang merah dan lengkuas
2) Masukkan bahan kisar kedalam santan
3) Masukkan cili boh. Kacau rata. Masakkan diatas api
4) Masukkan ikan kering dan sayur2 dan nenas serta cili merah
5) Masukkan garam secukupnya
6) Masukkan tomato


Big Moe's Diner

Aku nak cerita sikit pasal restoren fav kami sekeluarga. Kedai ni dekat je ngan rumah kami. Yg bagusnya lagi sebelah panggung wayang. So biasa lepas tengok movie, kami akan lunch atau dinner kat sini. Kat London ni tak banyak kedai western halal. Kedai ni antara yang halal dan best, Nama pemiliknya sama ngan nama hubby "Afiq Hanif". Tapi hubby aku nama Muhamad Hanif. Rasanya orang arab. Kedai dia very fancy jugakla bagi aku. Yg bagus lagi service cepat walaupun ramai orang

Kalau korang tengok ribs yang aku order tu, rasanya memang sedap macam kat Tony Roma's kat Malaysia cuma portionnya punya la banyak. Biasanya boleh untuk 2 orang makan. Kalau kat Tony Roma's dalam 3-4 ketul je. Satu lagi yang sedap milkshake dia. Kat sini ada jual bermacam2 jenis ikut semua jenis chocolate yang ada contohnya ferraro roche, m&m, kit kat, oreo, bounty dan macam2 lagila. Ice cream color biru yang anak aku order tu pun sedap.It's bubblemint gum flavor.

So sapa yang kat London ni, this place is really recommended.

Western style

Menu ni tercipta bila time aku malas masak.  Anak2 pun suka sangat makan ni balik dari sekolah. Pizza yang korang tengok tu biasanya aku beli kat iceland. Sebiji baru satu pound. So aku cuma modify je sebab pizza yang suitable for vegetarian cuma cheese atau garlic sahaja. Biasanya aku akan tambah mushroom, nenas, sosej dan taburkan lagi grated cheese kat atasnya. Mushroom soup pulak aku just beli jenama campbell dan tambahkan air, masak je. Garlic bread tu pun ada dijual kat iceland, pun satu pound sebungkus. Aku just sprinkle kan lagi daun parsley. Bakar dalam oven 200c 10 minit dah siap.

Cuma kekadang, anak2 nak makan spaghetti, so aku kena masakla.Aku tak guna tomato puree sebab masam sgt. Cukup guna sos spaghetti jenama Dolmio je. Jom kita lihat resepi spaghetti bolognese.

Bahan-Bahan

1 paket spaghetti
1 botol sos spaghetti bolognese(kat sini aku guna jenama Dolmio)
garam
1 sb lada hitam
2 ulas bawang putih
1 labu bawang putih(dadu)
1 biji tomato(dadu)
Capsicum
3 biji sosej(potong bulat2)
1 cwn cendawan butang
1/2 mangkuk daging cincang
cheese serbuk
oregano

Cara-Cara

1) Rebus spaghetti bersama sedikit minyak dan garam
2) Tumbuk lada hitam dan bawang putih
3) Tumis bahan diatas dan bawang besar. Tambahkan daging cincang, sosej dan cendawan butang
4) Maukkan sos spaghetti,tomato dan capsicum. Masak sehingga mendidih
5) Tuangkan sos keatas spaghetti dan taburkan oregano dan serbuk cheese


Daging masak kicap

Aku sebenarnya tak tahu nak namakan ni daging masak kicap ke daging black pepper, Resepi ikut sedap aku je. Kalau sesiapa nak cuba bolehla

Bahan-Bahan

Daging hiris nipis
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 sb lada hitam
3 ulas bawang putih
Kicap kipas udang lemak manis
2 biji kentang(potong dadu)
Carrot potong mcm bunga
1 biji bawang besar
3 biji baby tomato
garam, gula dan perasa

Cara-Cara

1) Tumbuk lada hitam dan bawang putih
2) Tumiskan bahan diatas. Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang dan pelaga
3) Tambah daging dan sedikit air
4) Tambahkan kicap dan perasakan dengan gula, garam
5) Masukkan carrot, kentang dan bawang besar
6) Akhir sekali bila dah empuk, masukkan tomato