Thursday 7 June 2012

Nasi lemak buah bidara

Kalau nak tahu aku masak nasi lemak ni selepas 9 tahun rasanya. First time masak masa dok kat Putrajaya tahun 2003. Tu pun belajar dari staff kat retail pharmacy dulu. sekarang ni nak kena refresh balik macam mana cara nak masak nasi lemak. Hasilnya inilah resepi nasi lemakku...

Bahan-Bahan

Bahan untuk nasi
2 ulas bawang merah dimayang
1 batang serai diketuk
2 helai daun pandan
1 inci halia dihiris
1 paket santan serbuk
sedikit garam
Air ikut sukatan beras

Cara-Cara

1) Masukkan bawang, serai dan halia bersama air dan didihkan
2) Masukkan santan serbuk dan sedikit garam
3) Bila dah mendidih, tuangkan kedalam beras yang sudah dibasuh dan ditoskan
4) Masukkan daun pandan yang disimpul
5) Masak nasi seperti biasa

Bahan sambal nasi lemak
Ikan bilis
2 sb cili boh(kalau suka pedas boleh tambah lg)
6 biji bawang merah ditumbuk
2 ulas bawang putih ditumbuk
1 labu bawang putih dimayang
sedikit air asam jawa
2 sb gula
2 sb gula perang
garam

Cara-Cara

1) Gorengkan bawang besar yang dimayang sehingga sedikit layu. Asingkan
2) Gorengkan ikan bilis sehingga garing dan asingkan
3) Tumis bawang merah dan bawang putih
4) Masukkan cili boh. Kemudian masukkan air asam jawa
5) Masukkan gula dan gula perang
6) Tambahkan perisa dengan garam dan serbuk perasa
7) Masukkan sedikit ikan bilis yang belum digoreng
8) Masukkan bawang besar yang telah digoreng terlebih dahulu tadi

Nasi lemak sedap dimakan bersama telor rebus, timun dan ayam goreng

No comments:

Post a Comment