Sunday 12 August 2012

Mee Hoon Soto

Salam Ramadhan ke-24. Tinggal lagi beberapa hari saja lagi sebelum kita semua melangkah ke bulan Syawal. Semalam hari bebas memasak bagiku sebab ada jemputan berbuka kat rumah kawan di central London. Alhamdulillah dapat makan sedap semalam kerana kawan aku tu ada order nasi Arab dengan seekor lamb. Fuh! Memang beria betul makan semalam.
Hari ni kenala masuk dapur lagi. So menu hari ni ialah mee hoon soto tapi aku ada juga buat nasi impit dan kuah kacang, In case ada yang nak makan soto je.

Bahan-Bahan

1 kg rangka ayam + kaki2 ayam(saya guna dada dan paha ayam je)
2 batang serai dititik
1 inci lengkuas dititik
2 kiub pati ayam
1 pokok daun sup dihiris
1 camca besar bawang goreng
2 biji bawang besar *
1 inci halia *
4 ulas bawang putih *
4 biji buah keras *
1/2 inci kunyit hidup *
1 camca teh lada hitam biji * (* dikisar halus)
1 paket rempah soto(klu xde bo diganti dgn 2 sb rempah kurma + 2 sb rempah sup)
3 liter air
1 kulit kayu manis #
1 kuntum bunga lawang #
5 biji bunga cengkih #
3 biji buah pelaga # (# rempah tumis)
Garam secukupnya

Bahan-Bahan lain

Mee hoon dicelor dan toskan
Begedil
Sambal kicap
Bawang goreng
Tauge dibuang ekor dan celor sekejap, toskan
Hirisan daun sup
Hirisan daun bawang
Soo hoon goreng
Tauhu goreng
Kacang tanah goreng
Daging ayam yang disiat2 halus

Cara-Cara

Untuk Kuah Soto

1) Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis rempah tumis hingga harum
2) Masukkan bahan kisar dan rempah soto. Kacau rata. Tumis hingga masak. Kalau perlu tambah sedikit air
3) Masukkan rangka ayam dan kaki ayam, gaul rata dan tuang air
4) Masukkan daun sup, bawang goreng, lengkuas titik dan serai
5) Tambah kiub pati ayam dan sedikit garam. Kacau rata dan masak sehingga mendidih

Begedil kentang

4 biji kentang
Minyak
1 biji telor
Hirisan daun bawang dan daun sup
Garam

Bahan tumbuk

1 ulas bawang besar
2 ulas bawang merah
1 sudu besar ketumbar

Cara-Cara

1) Kentang dibuang kulit, bersihkan dan potong dadu. Goreng hingga masak
2) Setelah diangkat, lenyek semasa masih panas
3) Setelah itu, campurkan bahan2 ditumbuk tadi dan hirisan daun sup dan daun bawang kedalamnya. Gaul sebati. Masukkan sedikit garam. Gaul rata
4) Bulat-bulatkan dan leperkan sedikit kentang tadi mengikut saiz yang disukai
5) Pecahkan telor dalam mangkuk kecil dan pukul sebentar. Tapiskan telor agar buih2 telor tidak terikut bila dicelup begedil
6) Masukkan begedil yang sudah dikepal kedalamnya. Goreng begedil satu persatu
7) Goreng hingga keperangan dan angkat. Toskan minyak

No comments:

Post a Comment