Tuesday, 7 August 2012

Biskut Yumna's Hat

Salam Ramadhan. Lagi semimggu lebih kita akan menyambut kedatangan Syawal. Hari ni misi membuat kuih raya diteruskan lagi dengan bantuan dua nak daraku. So memandangkan aku buat biskut bentuk topi ni, terus anak daraku yang nombor dua memberikan nama untuk biskut ni Yumna's Hat.
Bahan-Bahan

180g butter
145g gula castor
1 biji kuning telor
1 sk esen vanila
1/2 sk baking powder
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung kastard
205g tepung gandum

Cara-Cara

1) Panaskan oven pada suhu 170c
2) Pukul butter dan gula castor dengan speed sederhana sehingga kembang
3) Masukkan kuning telor dan esen vanila dan teruskan memukul. Perlahankan speed mixer
4) Tambahkan baking powder, tepung kastard dan tepung jagung. Gaul rata menggunakan sudip kayu
 5) Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit kedalam adunan sehingga menjadi doh yang lembut dan tak melekat dijari. Pastikan jangan terlebih tepung supaya adunan tak terlalu keras
6) Canai adunan nipis dan terap dengan acuan sebesar duit syiling 50 sen. Susun atas loyang pembakar
7) Canai lagi satu adunan tapi kali ini tebal sedikit anggaran 1 cm tebal
8) Terap adunan dengan acuan bulat sebesar duit syiling 5 sen. Letakkan atas terapan 50 sen tadi
9) Bakar pada suhu 170c selama 20 minit

1 comment: