Wednesday 25 July 2012

Puding Pisang Berkuah

Puding pisang ni dibuat untuk juadah berbuka petang tadi. Seeloknya kalau anda semua ada pisang berangan lagi sedap. Aku kat sini cuma ada sejenis pisang dari Afrika. So bantai jela tapi sedap sebenarnya bila dibuat puding ni.
Bahan-Bahan

Pisang berangan yang telah masak sepenuhnya
Mentega secukupnya
Kismis

Bahan sos kastard
1 tin susu cair
2 biji kuning telor
1/2 cawan air
4 sb gula

Cara-Cara

1) Buat sos kastard dahulu. Satukan semua bahan sos kastard dalam periuk.
2) Kacau sebati kemudian baru dipanaskan atas api hingga pekat. Semasa dipanaskan jangan berhenti mengacaunya supaya adunan tidak bergentel.
3) Sejukkan sos seketika.
4) Untuk pisang, masukkan sedikit mentega dalam kuali non stick
5) Kemudian goreng pisang tadi dalam mentega yang telah dipanaskan
6) Balikkan pisang tadi bila masak dan lembut baru diangkat
7) Hidangkan dalam pinggan/mangkuk, tuangkan sos tadi dan taburkan dengan kismis

No comments:

Post a Comment