Monday 4 June 2012

Oreo Cheesecake

Oreo Cheesecake ni dibuat sempena majlis bacaan Yaasin kat rumah kawan. Masing2 bawa potluck. So aku terpikir nak bawak oreo cheesecake ni. Cuma toppingnya tu tak berapa nak menjadi tp yg penting sekejap je dah licin satu bijik kek. Jom kita jengok resepi.Yg ni pun sama je dgn cheesecake yg lain cuma tukar bahan asasnya je.

Bahan-Bahan

2 cawan biskut oreo
2 sb marjerin
2 bekas soft cheese philadelphia
1/4 cawan brown sugar
1/3 cawan sour cream
1 cawan gula castor
3 biji telor
11/2 sk vanila
2 sb tepung gandum
1sk cinnamon powder
1 biji jus lemon diperah
11/2 cawan oreo yang dibelah 4

Utk Topping

1 paket kecil milk chocolate
11/2 cawan whipped cream

Cara-Cara

1)Blend digestive biscuit sampai halus
2)Masakkan marjerin diatas api sehingga cair
3)Kemudian gaulkan sebati biskut dengan marjerin tadi
4)Masukkan brown sugar dan cinnamon powder
5)Masukkan campuran tadi dlm bekas yg dialas dgn parchment paper.Tekan  
menggunakan sudu.
6)Masukkan dalam peti ais sementara siapkan adunan kek
7)Pukul soft cheese dalam bekas yg kering selama 2 minit.
8)Masukkan gula castor dan putar lg 2-3 minit.
9)Masukkan sour cream dan teruskan putar
10)Masukkan tepung gandum.Teruskan pukul
11)Masukkan telor satu persatu
12) Masukkan vanila dan jus lemon.Putar lg 1 minit
13)Patahkan oreo menggunakan pisau. Susun atas dasar kek dan tuangkan bancuhan td keatasnya. Simpankan sedikit oreo utk dihias dibahagian atas sekali 
14)Bakar menggunakan teknik *waterbath.Suhu 150c selama 50 minit
 selama 2 jam.Kemudian masukkan kek kedalam fridge selama 4 jam.

Utk topping, cairkan milk chocolate menggunakan kaedah double boiler dan masukkan whipping cream.Kacau hingga sebati

*Teknik Waterbath

Balutkan bekas kek menggunakan aluminium foil.Letakkan atas loyang pembakar.Masukkan air panas kedalam loyang pembakar.So kek tu akan berada dlm bekas yg diletak dalam air


No comments:

Post a Comment