Tuesday 5 June 2012

Mommy Nasi Ayam

Sapa suka makan nasi ayam? Angkat tangan! Jom kita cuba resepi nasi ayam yg aku belajar dari adik kat Sabah.

Bahan-Bahan

Bahan untuk nasi
5 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
Kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga
1 sup bunjut
4 pot beras
1 kiub pati ayam knorr
sedikit garam

Bahan untuk ayam
Ayam dipotong saiz sederhana
2 inci halia
1 labu bawang putih
Kicap kipas udang

Bahan untuk sos
6 biji lada merah
4 biji cili api
2 biji tomato
2 ulas bawang putih
gula, garam
sedikit cuka
sedikit sos tomato

Bahan sos kicap 
Kicap lebihan perap ayam
2 ulas bawang putih didadu


Cara-Cara

1) Tumis bawang putih, bawang merah dan rempah ratus hingga naik bau
2) Tambah air dan sup bunjut
3) Tambah garam dan kiub pati ayam
4) Masukkan ayam dan masak sehingga empuk
5) Toskan ayam sehingga kering
6) Basuh beras dan sejatkan
7) Tapis sup dan masukkan kuah sup kedalam beras mengikut sukatan anda masak nasi
8) Untuk ayam, tumbuk halia dan bawang putih
9) Gaulkan bahan tumbuk dengan ayam yg ditos tadi dan campurkan kicap kipas udang.Perapkan seketika kemudian gorengkan sekejap sbb ayam tu dah masak
10) Untuk sos, blendkan lada merah, cili api, bawang putih bersama gula, garam dan cuka
11) Tambahkan sos tomato dan masakkan atas api sampai pekat
12) Untuk sos kicap, ambil lebihan kicap dari ayam yg diperap.Tambah bawang putih yg didadu
13) Masak atas dapur dan ambil sedikit lapisan minyak dari kuah sup.Boleh ditambah kicap kipas udang sekiranya perlu


No comments:

Post a Comment