Monday 11 June 2012

Mee Hailam

Salam Isnin semua! Semalam actually was the last day of school holidays tapi school anak aku still cuti sebab ada staff training. So dikesempatan ini, aku pun bawakla budak2 ke Madame Tussauds London. Actually masa first time sampai London dulu, kami dah duduk kat sebelah Madame Tussauds tu je selama 3 minggu sementara cari rumah sewa kat area East London. Maklumla rumah sewa kalau kat central London mmg mahal giler. Tak termampu kot nak dok situ. Dok sibuk cari rumah sewa tu sampai kami tak sempat nak masuk Madame Tussauds. Hari ni baru sempat bawak diaorang.

Memandangkan dah jalan separuh hari, aku rasa macam malas nak masak nasi utk dinner. Lepas layan EURO tadi (England vs France), bukak peti sejuk nampak ada sebungkus lagi mee kuning. So rasa macam nak makan mee hailam. Maka jadilah mee hailam utk dinner kami malam ni. Kita layan dulu resepi mee hailam.

Bahan-Bahan

1 paket mee kuning
300g ayam
300g udang
3 ekor sotong saiz besar
1 paket fishball(tak letak sbb takde)
3-4 cawan air
2 sb cili boh
3 ulas bawang putih(tumbuk)
2 ulas bawang merah(tumbuk)
4 sb kicap manis
1 sb kicap cair
2 sb sos tiram
1 sk minyak bijan(tak letak)
1 sb sos cili
2 sb sos ikan
3 biji telor
sedikit sayur sawi
sedikit bunga kobis
1 batang carrot
3 biji baby tomato
sedikit tepung jagung bancuh dgn air
garam
daun sup dan cili merah

 Cara-Cara

1) Tumiskan bawang putih, merah dan cili boh hingga naik bau.
2) Masukkan ayam dan goreng sehingga empuk. Masukkan air.
3) Masukkan carrot dan bunga kobis. Kemudian masukkan kicap manis, kicap cair, sos cili, sos ikan, sos tiram, kicap manis, cair dan minyak bijan. Kacau semua bahan ini
4) Masukkan udang dan sotong diikuti sawi dan tomato
5) Masukkan telor satu demi satu
6) Masukkan tepung jagung dan perisakan dengan garam
7) Boleh dihias dengan bawang goreng, cili merah dan daun sup

No comments:

Post a Comment