Wednesday, 6 June 2012

Nasi kerabu kuning


Nasi kerabu memang tak dapat dipisahkan dari orang Kelantan. Cuma bezanya bila buat kat London, ulam dia kurang kaw sedikit sebab tak jumpa ulam traditional contohnya daun ketereh, daun kayu dll. Walau macam mana pun hasilnya tak mengecewakan aku. Mujurla aku sempat belajar dari maid aku sebelum datang ke London. So bolehla makan bila rasa mengidam. Mari kita lihat resepi versi maid Thailand aku

Bahan-Bahan Nasi

4 helai daun limau purut
2 helai daun pandan
1 sb kunyit debu

Bahan-Bahan Sambal

1 biji kelapa parut
3 ekor ikan sardin
Segenggam lada hitam
2 batang serai
1 inci halia
5 biji bawang merah
2 keping gula melaka
Garam, ajinomoto

Bahan-Bahan Budu Masak

Budu
1 ulas bawang putih(tumbuk)
1 ulas bawang merah(tumbuk)
3 helai daun limau purut
1 inci halia(ketuk)
2 keping asam gelugor
1 keping gula melaka
Garam, ajinomoto

Cara-Cara Masak Nasi Kerabu Kuning

1) Basuh beras dan masukkan sukatan air seperti biasa.
2) Masukkan kunyit debu, daun limau purut dan daun pandan

Cara-Cara Buat Sambal Nasi Kerabu
1) Goreng kelapa parut sehingga berwarna keperang perangan
2) Rebuskan ikan sardin
3) Tumbuk lada hitam bersama serai, halia, bawang merah, gula melaka dan akhir sekali ikan rebus yang dibuang tulang
4) Masukkan garam dan ajinomoto
5) Gaulkan bersama kelapa goreng tadi

Cara-Cara Masak Budu
 1) Campurkan semua bahan2 dan masak sehingga pekat

Ulam-Ulaman
Timun, bawang besar, kacang panjang, tauge, serai, daun kesum, bunga kantan

Sesuai dimakan bersama daging bakar, ayam bakar, telor masin, solok lada dan bawang jeruk

1 comment:

  1. Tq sudi share resepi. Memang nampak menyelerakan. Baruuu nk belajar buat nasik kerabu 😂😂

    http://ninafarhanawm.blogspot.my/?m=1

    ReplyDelete