Wednesday 6 June 2012

Famous Amos Cookies

Kalau kat Malaysia suka sangat beli famous amos ni bila jalan2 kat shopping complex. Jadi aku pun terpanggilla nak try resepi ni kat sini. Sedap jugak bila buat tapi first time maca tak menjadi sbb rasa macam byk tepung jagung. Orang kata practice makes perfect so aku mencuba lagi selepas tu dan alhamdulillah berpuas hati dengan hasilnya. Nnt bolehla jadi salah satu jenis kuih raya kat London ni.

Bahan-Bahan

250g butter
280g tepung gandum
10g serbuk koko
150g castor sugar
1/2 sk vanila
1/2 sk soda bicarbonate
2 sb susu tepung
2 sb tepung jagung
1 biji kuning telor
100g kekacang(walnut, badam, hazel etc dicincang)
100g chocolate chip
secubit garam

Cara-Cara

1) Pukul butter , gula dan vanila sehingga kembang
2) Masukkan kuning telor dan pukul rata
3) Ayak tepung gandum, tepung jagung, susu, soda bicarbonate, serbuk koko dan garam
4) Masukkan dan kacau rata
5) Masukkan chocolate chip dan kekacang
6) Sudukan atas dulang pembakar.Letak jauh2 sikit sebab nnt dia kembang nnt melekat dengan sebelah
7) Bakar pada suhu 160c selama 15 minit

No comments:

Post a Comment