Wednesday 6 June 2012

Nasi Goreng USA di UK

Kalau rasa malas nak masak lauk banyak2,jom cuba resepi nasi goreng USA ni. Aku masa tu memang rasa malas nak masak pelbagai lauk so bila masak nasi ni senang sikit. Mari kita jengok resepi nasi goreng USA yg dibuat di kota London.

Bahan-Bahan

2 mangkuk nasi
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar dihiris nipis
1 sb cili boh
1 sb sos tiram
1/2 batang carot( aku guna mix vege)
garam , gula dan minyak

Cara-Cara

1) Tumis bawang putih, masukkan bawang besar dan cili boh
2) Masukan sos tiram dan kemudian mix vege.
3) Masukkan garam dan gula secukup rasa
4) Masukkan nasi dan goreng sehingga masak

Bahan Daging Masak Merah

300g daging
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1/2 biji capsicum
1 biji tomato dipotong 6
1 sb cili boh
2 sb cili sos
garam dan gula

Tumis bawang dan masukkan cili boh. Kemudian masukkan daging. Bila dah empuk, masukkan cili sos, garam dan gula

Hias nasi dengan telor mata kerbau bersama timun dan tomato

No comments:

Post a Comment