Tuesday 24 July 2012

Cucur Udang Rangup

Salam bersiaran. Cucur udang ni dibuat dua hari lepas tapi tak sempat nak update. Hubby request nak makan cucur udang tapi bahan tak berapa nak cukup iaitu daun kuchai. So aku bantai letak daun bawang.
Bahan-Bahan

3 1/2 cawan tepung naik sendiri
2 cawan isi udang
3 cawan air sejuk
2 sb knorr pasti sedap
1 1/4 sk garam(atau secukup rasa)
1/2 cekak daun kuchai-dihiris 2 cm
1/4 biji kubis dihiris halus
1 1/2 biji bawang besar dipotong dadu
1/2 sk kunyit serbuk
1 biji telor

Cara-Cara
1) Campurkan kesemua bahan-bahan dalam satu bekas kecuali air dan telor
2) Gaul semua bahan tadi biar rata. Masukkan telor dan air sedikit demi sedikit sambil dikacau rata
3) Panaskan minyak yang banyak secukupnya denagn api yang sederhana
4) Ambil sesenduk kecil bancuhan cucur lalu cucurkan kedalam minyak yang telah panas dengan cara membentuk cucur menjadi bentuk yang agak lebar. Ulangi proses sehingga cucur memenuhi kuali
5) Bila cucur timbul, ceraikan supaya tidak melekat antara satu sama lain
6) Boleh dimakan bersama penyicah


No comments:

Post a Comment