Friday 6 July 2012

Udang Sambal Petai

Salam Jumaat buat semua. Hari ini sedikit rushing semasa menyiapkan makan tengahari sebab nak mengejar hubby aku nak ke masjid. Selesai masak gulai kuning ikan selar, aku sempat masak udang sambal petai. Petai ni memang susah nak dapat kat London. Ada tapi kena mencarila sikit dan mahal. Bekalan petai yang aku ada ni pun cousin yang bawak dari Malaysia last week. Punyala sayang, makan pun sikit2 takut habis.Hihihi.

Aku sebenarnya tak makan petai hidup tapi kalau petai jeruk atau dimasak dengan sambal macam ni, bolehla makan. So hari ni aku nak share ngan semua cara masak udang petai ni. Jom tengok resepi...

Bahan-Bahan

Udang
5 ulas bawang merah(tumbuk)
2 ulas bawang putih(tumbuk)
2 sudu besar cili giling
1 biji bawang besar(mayang)
Sedikit air asam jawa
Petai dibuang kulit dan dibelah dua
2 sb brown sugar
2 sb gula
1/2 sk garam
perasa

Cara-Cara

1) Tumiskan bahan tumbuk sehingga naik bau. Tambahkan cili giling dan masak sehingga pecah minyak
2) Masukkan udang dan goreng sehingga hampir masak
3) Masukkan air asam jawa, brown sugar, gula , garam dan perasa
5) Masukkan bawang besar dan petai
6) Apabila masak. Tutup api dan hidangkan

No comments:

Post a Comment