Monday 16 July 2012

Nasi Pilaf

Salam Isnin buat semua. Lunch hari ni aku tak perlu masak beria sebab semalam ada kawan buat kenduri sempena menyambut Ramadhan next week. So banyakla bekalan lauk yang aku dapat. Ada ayam masak kicap, ayam masak merah, rendang daging dan asam pedas ikan. Aku pun pikir baik masak nasi pilaf ni so sesuaila sikit nak makan dengan ayam masak merah dan rendang. Cuma aku tambahkan lagi satu lauk iaitu acar timun.


Jom kita tengok resepi nasi pilaf...

Bahan-Bahan

4 pot beras basmathi(rendam sejam)
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 batang kulit kayu manis
2 biji bunga lawang
3 biji cengkih
3 biji buah pelaga
1 1/4 cawan minyak sapi
2 sb kismis
20 biji gajus(tak letak sbb xde stok)
1 sk garam
1 helai daun pandan

Cara-Cara

1) Panaskan periuk nasi, masukkan minyak sapi
2) Tumiskan rempah dan bawang hingga naik bau
3) Masukkan beras yang telah ditos, daun pandan dan air secukup sukatan yang biasa anda masak nasi. Masukkan garam
4) Masukkan periuk kedalam bekas rice cooker dan masak gunakan elektrik macam biasa
5) Bila sudah masak, taburkan kismis dan gajus. Gaul hingga sebati

No comments:

Post a Comment