Tuesday 24 July 2012

Ikan Siakap Stim

Salam semua. Ada pelbagai style orang stim siakap. Aku ikut resepi abah yang dipelajarinya dengan seorang chef kat Thailand.
Bahan-Bahan

Ikan Siakap
Garam
Halia dipotong panjang
Bawang putih dimayang
Serai dihiris halus
3 biji cili padi merah dipotong halus
1 biji buah plum jeruk
Daun ketumbar
Tomato dipotong dadu siz besar
3 helai daun limau purut
1 sb minyak
1 sb kicap
2 sb air
Sedikit air asam limau nipis

Cara-Cara

1) Lumurkan ikan siakap dengan sedikit garam
2) Letakkan buah plum dalam perut ikan
3) Curahkan minyak, kicap dan air
4) Taburkan halia, bawang putih ,serai dan cili merah
5) Letakkan daun ketumbar, daun limau purut dan juga tomato yang dipotong dadu
6) Kukuskan dalm pengukus lebih kurang 15-20 minit.
7) Bila masak, bolehlah diperah sedikit air asam limau


No comments:

Post a Comment