Thursday 12 July 2012

Kuih Ketayap Polkadot

Salam Khamis buat semua. Hari ni aku cuba masak kuih ketayap tapi version polkadot. Macam tak berapa nak jadi tapi rasanya marvellous. Maybe aku kurangkan letak telor. Sepatutnya 2 biji tapi letak sebiji. Takpe, this is the first trial. Will improve later.
Mari kita lihat resepi sebenarnya...

Bahan-Bahan

Bahan A
1 cwn tepung gandum
2 biji telor
1 1/2 cwn santan
1 sk garam
pewarna kuning
sedikit minyak untuk disapu pada kuali

Bahan Inti
1/2 biji kelapa parut putih
1/4 cwn gula melaka yang dihancurkan
1/4 cwn gula merah
sedikit air
1 helai daun pandan
1 sb tepung jagung

Cara-Cara
1) Untuk INTI: Masukkan kelapa parut, air, gula melaka dan gula merah serta sehelai daun pandan dan masak hingga pekat
2) Taburkan tepung jagung untuk kentalkan intinya. Kacau hingga sebati sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula merah. Inti akan jadi warna keperangan. Angkat dan buang daun pandan tadi
3) Untuk DADAR: Satukan semua bahan A dan kisar dengan blender hingga halus dan tidak berketul. Tapiskan
4) Asing sedikit adunan, campur sedikit tepung lagi biar pekat. Kacau sebati dan letakkan masing2 dgn color merah dan hijau. MAsukkan kedlm piping bag dan gunting kecil muncung beg
5) Panaskan kuali, lenser dgn sedikit minyak dan sendukkan 1/2 senduk adunan tadi dan layangkan kuali agar adunan tadi menjadi bulat
6) Kemudian cepat2 dot2 kan atas adunan dgn color merah dan hijau
7) Biarkan masak hingga 2-3 minit, angkat dan terbalikkan bahagian polkadot kebawah
8) Letakkan inti dan gulung. Cara gulung: lipat kedua2 tepi sedikit dan gulun melentang


2 comments: