Tuesday 24 July 2012

Mini Pavlova

Salam Ramadhan Al-Mubarak. Dessert untuk buka puasa harini aku buat mini pavlova.
Bahan-Bahan

4 biji putih telor
3/4 cawan gula castor
1/2 sk vanila
1 sk cuka masakan
1/2 sb tepung jagung

Bahan topping
1 cawan whipping cream(240ml)
1 1/2 sb gula icing
1/2 sk vanila
strawberry, kiwi, raspberry, anggur hitam

Cara-Cara

1) Pukul putih telor pada kelajuan perlahan sehingga terbentuk soft peak
2) Kemudian pada kelajuan tinggi, masukkan gula sudu demi sudu sambil terus putar adunan
3) Teruskan putar pada kelajuan tinggi sehingga adunan bertukar menjadi putih berkilat. Bila diangkat ia kan menjadi tanduk
4) Masukkan esen vanila kemudian pukul sampai sebati
5) Masukkan tepung jagung(sift) dan cuka.Gaulkan guna spatula
6) Buat garisan bulat atas kertas minyak dan piping menggunakan nozzle yang besar mengikut saiz bulatan yang dilukis
7) Bakar pada suhu 150c(panaskan oven 15 minit awal)
8) Selepas 15 minit, turunkan ke suhu 140c dan bakar selama 1 jam

Cara buat topping

1) Pukul whipping cream bersama gula icing dan vanila.
2) Pukul sehingga adunan menjadi pekat dan tidak jatuh bila diangkat
3) Letakkan topping atas meringue yang sudah siap dibakar tadi dan hiaskan dengan buah-buahan ikut citarasa anda

1 comment: