Carrot cake ni aku buat sempena majlis sambutan maulidur rasul kat rumah aku. Time tu ada seorang ustaz dari Abu Dhabi datang bercuti ke London. So kami ambil kesempatan ni menjemput Ustaz Maulana untuk bagi ceramah maulidur rasul dan kami buat sedikit marhaban kat rumah aku. Carrot cake ni not badla rasa dia especially bila dimakan bersama cream cheese kat atas toppingnya. Untuk memudahkan tetamu aku potong dan masukkan dalam cupcase dan hiaskan mengikut citarasaku. Ini dia resepi carrot cake
Bahan-Bahan
2 cwn tepung naik sendiri
2 sk baking powder
1 1/2 sk baking soda
1 sk garam
2 1/2 sk ground cinnamon
4 biji telor
1 1/2 cwn minyak sayuran
2 cwn gula castor
2 3/4 cwn carrot yg diparut
1 tin crushed pineapple,ditoskan air
3/4 cwn chopped walnut
Cara-Cara
1) Panaskan oven 165c
2) Campurkan tepung, baking powdr, baking soda, garam dan cinnamon. Letak sebelah
3) Pukul telor dan kemudian masukkan gula dan minyak
4) Masukkan tepung campuran tadi(sifted)
5) Masukkan carrot, pineapple dan nuts
6) Bakar selama 35-40 minit
Bahan Topping
250g cream cheese Philadelphia
125g butter
1 sk vanila
2 sb icing sugar(sifted)
1 sk parutan lemon
Satukan semua bahan pukl hingga kembang
No comments:
Post a Comment