Thursday, 7 June 2012

Japanese Cotton Cheesecake

Sorry kualiti gambar kek ni tak berapa bagus. Setting camera salah kot. Aku terpanggil nak buat kek ni sebab nampak kawan post kat fb. So aku tryla buat. Kek ni rasa berlemak2 skit sbb ada cheese. Dia ala2 cheesecake yang lain jugak cuma rasanya lagi gebu kot. Resepinya adalah seperti di bawah

Bahan-Bahan

Bahan A
250g cream cheese Philadelphia
50g butter
100ml susu segar
6 biji kuning telor
1 sb jus lemon
1/4 sk garam
60g tepung naik sendiri
20g tepung jagung

Bahan B
140g gula
6 biji putih telor
3/4 sb jus lemon

Cara-Cara

1) Adunan A-cairkan cream cheese, butter dan susu segar(kaedah double boiler). Apabila dah cair, sejukkan kemudian masukkan tepung naik sendiri, tepung jagung, kuning telor, garam, jus lemon dan gaul sebati menggunakan senduk kayu
2) Adunan B-Dalam bekas lain, pukul telor dengan jus lemon hingga jadi foamy. Kemudian masukkan gula. Pukul lagi samapi bertanduk(soft peak).
3) Campur adunan A dan B dan kacau sebati guna senduk sahaja
4) Sediakan loyang yang dialas dengan parchment paper
5) Bakar menggunakan kaedah waterbath pada suhu 160c selama 1 jam.* sila rujuk kat resepi cheesecake


No comments:

Post a Comment