Dulu setiap kali ke secret recipe mesti nak order cheesecake.Bila dah berpeluang memasak sepenuh masa ni,alhamdulillah aku berjaya explore resepi makanan kegemaran.
Satu benda yang bagus bila kat oversea ni, fresh fruits dia murah gila. Strawberry tu baru sepound sebungkus.So memudahkan aku utk decorate kek ni.Jom kita tengok resepinya
Bahan-Bahan
2 cawan digestive biscuit
2 sbmarjerin
2 bekas soft cheese philadelphia
1 cawan gula castor
3 biji telor
11/2 sk vanila
2 sb tepung gandum
2 biji lemon
Cara-Cara
1)Lemon diparut dan dicampur dengan perahan air lemon
2)Blend digestive biscuit sampai halus
3)Masakkan marjerin diatas api sehingga cair
4)Kemudian gaulkan sebati biskut dengan marjerin tadi
5)Masukkan campuran biskut dgn marjerin tadi dlm bekas yg dialas dgn parchment paper.Tekan
menggunakan sudu.
6)Masukkan dalam peti ais sementara siapkan adunan kek
7)Pukul soft cheese dalam bekas yg kering selama 2 minit.
8)Masukkan gula castor dan putar lg 2-3 minit.
9)Masukkan tepung gandum dan pukul lagi
10)Masukkan telor satu persatu
11) Masukkan vanila dan jus lemon beserta parutan lemon.Putar lg 1 minit
12)Bakar menggunakan teknik *waterbath.Suhu 150c selama 50 minit
selama 2 jam.Kemudian masukkan kek kedalam fridge selama 4 jam.
*Teknik Waterbath
Balutkan bekas kek menggunakan aluminium foil.Letakkan atas loyang pembakar.Masukkan air panas kedalam loyang pembakar.So kek tu akan berada dlm bekas yg diletak dalam air
No comments:
Post a Comment