Tuesday, 5 June 2012

Kek oh kek!

Kek ni dibuat sempena majlis bacaan Yaasin dan juga birthday party anak kawan. Kalau perasan toppingnya tak berapa nak menjadi sbb cair skit. Ini rasanya pukul sekejap je, sepatutnya lama skit masa pukul fresh cream tu tapi dah kelam kabut dah terlambat nak ke majlis tu, aku bukan main express lagi memutar creamnya. Apa pun, sekejap je dah licin satu kek.

Pergi ASDA terjumpa raspberry ni terasa plak nak buat kek. Buahnya nampak cantik tapi masam manis rasanya.Cuma bila dimakan bersama kek ni rasanya jadi lemak manisla plak.




 Kek ni dibuat untuk minum petang dengan family. Terjumpa peach dlm tin so hiasla skit kat atas kek ni



Group post graduate London ada buat gathering haritu. So aku diminta oleh admin untuk buatkan cheesecake. Aku pun buatla dan decoratekan dia bagi meriah sikit. Yg kesiannya kek ni katanya tak sempat semua nak merasa sbb dah habis. Takpela insyaallah ada masa kita buat lagi.



Kawan baikku dari Manchester datang melawat kami disini. Kebetulan haritu dia baru menyambut anniversarynya.So aku ingat nak buat kek ni untuk dia. Kali ni aku cuba buat strawberry sauce.

Bahan-Bahan Strawberry Sauce

4 cwn sliced strawberry
1/2 cwn air
2 sb gula
1 sb air
2 sk tepung jagung
2 sk jus lemon

Cara-Cara

1) Campurkan sliced sberry bersama 1/2 cwn air dan 2 sb gula. Masakkan atas api sederhana sehingga mendidih
2) Kurangkan api dan didihkan lagi 5 minit. Keluarkan dari api
3) Masukkan dalam mangkuk dan lenyekkan dengan sudu
4) Buang solid yang ada
5) Letak atas api semula dan tambah 1 sb air dan 2 sk tepung jagung.
6) Kacau guna whisker dan masak selama 1 minit.
7) Sejukkan pada suhu bilik dan masukkan jus lemon

No comments:

Post a Comment