Thursday, 7 June 2012

Nasi paprik

Kalau anda rasa malas nak buat banyak lauk, sila cuba masak paprik campur ni. Satu lauk dah cukup makan dengan nasi putih. Jom kita lihat resepinya

Bahan-Bahan

Ayam(potong kecil)
Udang, sotong, daging
Carrot
Cauliflower
Kacang panjang
Jagung muda
tomato
3 ulas bawang putih(ketuk)
4 biji cili padi(ketuk)
3 ulas bawang merah(tumbuk)
2 batang serai(dititik)
4 helai daun limau purut
2 sb sos tiram
2 sb sos cili
1 kiub pati ayam
gula, garam, perasa
2 sudu tepung jagung campur sedikit air

Cara-Cara

1) Tumiskan bawang putih. Masukkan bawang merah dan serai
2) Masukkan daun limau purut dan cili padi
3) Masukkan kiub pati ayam, ayam dan campuran seafood dan daging. Tambah sedikit air dan masak hingga empuk
4) Masukkan semua sos dan kemudian sayur
5) Tambahkan gula, garam dan perasa
6) Letakkan tomato dan air tepung jagung

No comments:

Post a Comment