Teringin nak makan kek buah. Godak2 resepi kebanyakannya kena kukus.Aku takde pengukus so aku just bakar saja. Tapi rasanya kalau buat cara waterbath pun ok kot. Jom intai resepi kek buahku ini.Sedap rasanya.Rugi kalau anda tak mencubanya.
Bahan-Bahan
Bahan A
150ml minyak
3 biji telor
3sb susu cair
1 sk madu
1 sb jus oren
Bahan B
11/2 cawan tepung gandum*
2 sk baking powder* * Diayak bersama
1 cawan brown sugar
2 cawan mix fruit kering
50g almond flakes( tak letak pun sbb takde)
1 sk parutan kulit oren
Cara-Cara
1) Campurkan bahan A dalam mangkuk dan kacau rata guna senduk.Ketepikan
2) Gaul bahan ayak dengan brown sugar
3) masukkan mix fruit, badam dan parutan oren
4) Slowly tuangkan bahan A dan kacau guna senduk sehingga sebati
5) Ratakan dalam loyang yg dilapik parchment paper
6) Bakar pada suhu 150c selama 40 minit
No comments:
Post a Comment