Salam sejahtera! Aku terpanggil nak buat sagu gula melaka sebab ternampak kawan post kat fb. Bila check resepi macam mudahje. So dengan rajinnya aku pun cubala buat. Memang senang kawan2 sekelian cuma yang letih skit masa nak basuh sagu untuk buang kanji yang banyak tu. Kalau tak basuh rasa macam melekit sangat dan maybe kalau makan tak berapa sedap. Alhamdulillah hasilnya tak mengecewakan. Cuma aku tak banyak acuan kat rumah. Tu pun habis guna ramekin, bekas kecil2 nak letak sagu tu. Kalau takde bekas kecik sebenarnya boleh letak dalam bekas besar tapi malas nak potong2 nnt. Jom kita jengah resepinya sebentar..
Bahan-Bahan
Bahan A(Sagu)
2 cwn sagu
4 cwn air
1 sk pewarna hijau
1 tin susu cair
Bahan B(Air gula)
1 1/2 keping gula melaka
1 cwn air
1 helai daun pandan
Cara-Cara
1) Didihkan air, masukkan sagu dan pewarna hijau. Kacau sehingga sagu masak
2) Basuh sagu dibawah aliran air paip untuk buang kanji
3) Masukkan dalam acuan dan sejukkan
4) Masak semua bahan B sehingga mendidih
5) Keluarkan sagu dan tuang susu cair
6) Tuangkan gula merah dan hidangkan
rasa macam cendol..mkn sejuk2 lagi sedapp..
ReplyDeleteTula sedap klu mkn time cuaca panas. Kat sini minggu ni sejuk so tak brp nak kick.hihihi
ReplyDelete